Ciri-Ciri Dan Petanda Anak “Late Talker” Serta 8 Cara Ibu Bapa Boleh Guna Untuk Atasinya

Ramai ibu bapa yang menghadapi masalah ini.

  • Adalah menjadi satu kebimbangan buat ibu bapa sekiranya ada anak-anak mereka yang menunjukkan tumbesaran yang agak perlahan

    • Seperti yang kita ketahui, proses tumbesaran setiap orang adalah berbeza dan tidak sama. Walau bagaimanapun, setiap ibu bapa pastinya mahu proses tumbesaran anak mereka berada dalam keadaan yang baik serta sempurna.

      Dan di antara masalah yang sering membelenggu kaum ibu dan bapa ini adalah proses pertuturan anak-anak mereka.

      says.com

  • Pada peringkat awal, adalah sukar untuk membezakan kanak-kanak yang lambat bercakap atau mengalami masalah bahasa dan pertuturan

    • Senarai di bawah akan memberi sedikit pencerahan kepada ibu bapa untuk membuat penilaian terhadap anak-anak mereka. Kebanyakan kanak-kanak 'late talker' ini mempunyai ciri-ciri seperti:

      1. mempunyai sejarah ahli keluarga lain yang mempunyai kelambatan bahasa
      2. adalah lelaki
      3. dilahirkan dengan kurang berat badan atau
      4. dilahirkan sebelum 37 minggu dalam kandungan (pra-matang)

      Sebanyak 13% daripada kanak-kanak yang berusia 2 tahun adalah ’Late Talkers’.

      doktorbudak.com
  • Berikut adalah senarai risiko dan petanda kanak-kanak yang mungkin akan mempunyai kesukaran dalam perolehan bahasa untuk jangka masa panjang:

    • 1. senyap pada waktu bayi, kurang babbling (ba, ma, ga)

      2. mempunyai sejarah jangkitan telinga

      3. mempunyai bunyi konsonan yang terhad (p, b, m, t, d, n, y, k,g, dll)

      4. tidak meniru menyebut perkataan

      5. hanya menggunakan kata nama (nama orang, barang, tempat) and sangat kurang kata kerja (cth: lompat, minum, dll)

      6. sukar bermain dengan kanak-kanak yang lain

      7. sejarah ahli keluarga yang mempunyai kelambatan dalam kemahiran komunikasi, atau masalah pembelajaran

      8. kelewatan dalam kefahaman bahasa (contoh: tidak faham arahan)

      9. menggunakan isyarat untuk berkomunikasi doktorbudak.com
  • Dan berikut adalah panduan untuk mengenalpasti kosa kata yang sesuai untuk anak anda mengikut tahap umur:

    • 1. Kanak-kanak berumur 18 bulan sepatutnya sudah boleh menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yang berlainan jenis, seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, tidur), kata sendi (atas, bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (hi, bye).

      2. Kanak-kanak berumur 24 bulan sepatutnya sudah boleh menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari sebagai keseluruhan, seperti ”bye bye”, ”apa tu?”. Contoh ayat 2 patah perkataan yang sesuai ialah ”makan biskut”, ”baju kotor”.

      3. Kanak-kanak berumur 36 bulan pula sepatutnya sudah boleh menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan ”siapa?”, ”apa?”, dan ”mana?” yang mudah. doktorbudak.com
  • Sekiranya perkembangan bahasa dan pertuturan anak anda tidak mengikut umur atau disyaki sebagai Late Talkers:

    • 1. Sila jumpa doktor kanak-kanak/pediatrik untuk mendapatkan diagnosis awal

      2. Sila jumpa Speech-Language Pathologist/Therapist untuk mendapatkan penilaian dan rawatan

      3. Sila jumpa Audiologist untuk memastikan tiada masalah pendengaran walaupun anda berpendapat bahawa anak anda tiada masalah pendengaran. Ini kerana masalah pendengaran yang ringan (masih boleh mendengar bunyi tetapi kurang jelas) boleh juga memberi kesan kepada perkembangan bahasa dan pertuturan. doktorbudak.com
  • Namun, terdapat beberapa kaedah yang boleh ibu bapa praktiskan di rumah bagi menggalakkan perkembangan pertuturan anak-anak.

    Antaranya:

    • 1. Bahasa isyarat
      Salah satu alternatif yang berkesan untuk menggalakkan perkembangan dan penguasaan bahasa serta pertuturan anak-anak ialah melalui bahasa isyarat. Ibu bapa boleh belajar menggunakan bahasa isyarat melalui buku dan juga DVD yang banyak terdapat di pasaran.

      2. Muzik
      Sesetengah daripada kita lebih cenderung untuk belajar menyanyi sebelum bercakap. Oleh itu, ibu bapa boleh cuba berinteraksi dengan anak-anak melalui ayat yang berirama untuk menarik minat mereka serta menggalakkan mereka untuk turut sama menyebut perkataan tersebut.

      3. Vitamin
      Berdasarkan satu kajian dan pemerhatian dari Australia terhadap 750 wanita hamil serta anak mereka selama 10 tahun, ibu yang mempunyai kekurangan Vitamin D semasa kehamilan akan 2 kali ganda lebih berpotensi untuk melahirkan anak dengan masalah bahasa. Untuk pengetahuan anda, Vitamin D adalah penting untuk perkembangan serta fungsi otak manusia.

      4. Ayat soal vs Ayat penyata
      Salah satu cara untuk berkomunikasi dengan anak-anak yang 'late talker' ini adalah dengan menggunakan ayat penyata atau penerangan tentang sesuatu. Sebagai contoh, "Oh, adik makan biskut coklat ya. Biskut coklat ini adalah kegemaran ibu."

      Ayat penyata seperti ini tidak memerlukan respon tetapi secara tidak langsung akan membantu menjana idea baru kepada perbualan tersebut. Apabila tekanan untuk bercakap berkurang, maka perbualan akan menjadi lebih mudah dan santai.

      says.com

    • 5. Tiru atau Ikut
      Cara efektif untuk merangsang pertuturan dalam kalangan kanak-kanak adalah dengan meniru semula atau mengajuk setiap bunyi yang dibuat kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh, sekiranya mereka menyebut 'baba', anda boleh mengajuk serta menggunakannya sebagai permulaan lagu 'Baa Baa Black Sheep..'

      6. Perlahan-lahan
      Sesetengah kanak-kanak mengalami kesukaran untuk memahami permulaan, pertengahan atau penghujung sesuatu ayat itu. Ibu bapa serta mereka yang lebih dewasa adalah amat digalakkan untuk memperlahankan pertuturan apabila bercakap dengan kanak-kanak ini supaya mereka mudah faham serta dapat respon dengan betul.

      7. Penggunaan Sensori
      Bagi kanak-kanak yang menghidapi Childhood Apraxia of Speech, mereka mempunyai proses sensori yang berbeza yang mana boleh membantu proses terapi pertuturan mereka. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis barang yang bertekstur seperti air, krim, pasir, kapas atau tanah liat untuk membuat mereka bercakap.

      8. Bermain
      Melalui aktiviti bermain, kita juga akan berkomunikasi secara tidak langsung. Ianya akan menjadi salah satu cara paling ideal untuk menggalakkan proses pertukaran idea dengan kanak-kanak. Ibu bapa boleh menukar situasi harian kepada mood bermain yang pastinya bakal mengaplikasikan segala jenis kebolehan komunikasi.

      says.com

  • Kaedah-kaedah di atas ini boleh dijadikan sebagai terapi pertuturan di rumah yang mana secara tidak langsung akan membantu anak-anak anda

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Apa lagi yang ibu bapa patut tahu berkenaan perihal anak-anak:

Leave a comment