seismik

'Cukai Pelancongan' Berkuat Kuasa Mulai Ogos, Bilik Hotel Akan Lebih Mahal Sehingga RM20

Bersedialah rakyat Malaysia.

Cover image via SAYS via Lexis Hibiscus PD

[TERKINI] "Cukai Pelancongan bermula pada Julai, bukan Ogos," kata Datuk Seri Nazri

Walaupun keputusan dikritik, pelaksanaan Cukai Pelancongan akan tetap diteruskan mulai 1 Julai ini.

Berdasarkan laporan dari Bernama, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, sekali gus menolak laporan berita bahawa pelaksanaan cukai berkenaan mungkin ditangguhkan.

"Warta (Cukai Pelancongan) ini automatik, mengikut prosedur negara apabila dilulus oleh Parlimen maka pewartaan itu automatik. Jadi yang berkuasa dalam melakukan undang-undang ialan Parlimen dan pewartaan itu hanya formaliti saja.

"Kalau nak kata belum warta, itu betul, tapi bukan boleh menghalang kehendak anggota Parlimen kita yang telah sebulat suara meluluskan kerana cukai ini akan dilaksanakan, dan pasti akan dilaksanakan. Jadi sasaran kita ialah 1 Julai," katanya.

7 Jun 2017: Bermula Ogos, pelancong perlu membayar 'Cukai Pelancongan' sehingga RM20 untuk menginap di mana-mana hotel sekitar negara

Image via agoda.net

Pelancong yang dimaksudkan termasuklah rakyat Malaysia, bukan sahaja orang asing. Ia bakal dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan diluluskan di Parlimen pada sidang yang lalu.

Menurut info yang diperoleh dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, cukai pelancongan akan dikenakan bermula dari RM2.50 bagi sebuah bilik hotel untuk satu malam.

Cukai ini akan dipungut dari semua jenis premis yang digunakan sebagai tempat tinggal bagi pelancong

Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk homestay atau Kampung Stay, premis yang diurus oleh institusi (pendidikan), premis yang digunakan untuk tujuan latihan, institusi agama, serta insitusi kerajaan dan badan-badan berkanun di mana kemudahan itu tidak digunakan untuk tujuan komersial.

Premis yang mempunyai kurang daripada 10 bilik juga dikecualikan.

Selain itu, Cukai Pelancongan merupakan caj tambahan di sebalik cukai yang telah terlaksana seperti GST dan cukai perkhidmatan (service charge)

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan boleh mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Image via themalaymailonline.com

Kadar cukai adalah berdasarkan kepada penarafan penginapan seperti berikut:

1. Lima bintang: RM20 bagi setiap malam
2. Empat bintang: RM10 bagi setiap malam
3. Satu hingga tiga bintang: RM5 bagi setiap malam
4. Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam
5. Tidak dinilai: RM2.50 bagi setiap malam

malaysiakini.com

Bagaimana reaksi orang ramai? Nampaknya majoriti rakyat tidak berpuas hati dengan kewujudan cukai ini.

Image via Malaysiakini

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini...

You may be interested in: