seismik

[TERKINI] Datuk Seri Anwar Ibrahim Telah Dibebaskan

Beliau dipenjara semula dari tahun 2014.

Cover image via Twitter Today Online

Tepat jam 11.30 pagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan dari tahanan polis

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada dalam tahanan polis sejak 2014 itu akhirnya dibebaskan dari Hospital Cheras kerana masih dalam proses pemulihan selepas menghadapi pembedahan bahu menurut The Star.

Perdana Menteri Tun Mahathir berkata, Datuk Seri Anwar perlu bertanding untuk kerusi parlimen dan kemudian berpeluang untuk menyertai barisan kabinet.

Beliau juga akan menghadap terus ke Istana Negara bagi menghadap YDPA Sultan Muhammad

Pada jam 12 Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun berada di Istana Negara

Menurut Bernama, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mendapat pengampunan penuh oleh KDYMM Agong Sultan Muhammad itu akan pergi menghadap YDP Agong bagi mengesahkan pengampunannya.

Image via Bernama/Twitter

PM Tun Mahathir menyatakan kemungkinan besar beliau akan menjadi PM untuk "setahun dua" dan kemudian memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar

Walau bagaimanapun, PM Tun Mahathir akan sentiasa memainkan peranan secara tidak langsung selepas itu, dalam sebuah persidangan di Tokyo.

Pada malam ini, satu Himpunan Merdeka Rakyat akan diadakan di Padang Timur, Amcorp Mall, Petaling Jaya bagi menyambut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Difahamkan, Anwar sendiri akan menyampaikan ucapan kepada penyokongnya.

Lagi berita menarik dari SEISMIK:

You may be interested in: