LIMA 'Demand' Dato' Seri Vida Sebagai Penaja Utama The Red Warriors. Amboi...
Banyak juga 'demand' Dato' Seri Vida ni. Dulu Puteh Puteh Puteh sekarang Pink Pink Pink.
1. Stadium Sultan Muhammad IV dicat pink
Permintaan pertama Dato' Seri Vida ialah beliau mahukan Stadium Sultan Muhammad IV dicat kepada warna kegemaran beliau iaitu pink.
"Berhubung warna stadium, saya bukan saja-saja nak tukar. Warna merah jambu dilihat menarik dan mungkin ada sedikit campuran warna putih pada luar dan dalam stadium. Kita mahu apabila peminat hadir ke stadium, mereka akan lihat suasana penuh ceria," katanya.
sinarharian.com.myTambahnya lagi, stadium itu juga nanti boleh menjadi mercu tanda negeri Kelantan.
Bagaimana? Cantik tak wajah baru stadium bola kelantan ini? Nampak lebih ceria atau tidak? Tapi saya percaya lepas ini jumlah penonton wanita yang datang ke stadium pasti meningkat.
2. Tukar nama pasukan TRW kepada PQPTRW. Eh panjangnya nak sebut?
Nama pasukan pun perlu rebrand daripada The Red Warriors kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.
Dato' Seri Vida berkata, "Kedua, nama pasukan seharusnya ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors seperti Negeri Sembilan yang menukar nama pasukan itu kepada NS Matrix."
bharian.com.my3. Jersi utama pasukan pun perlu bertukar kepada warna Pink
Seterusnya, Dato' Seri Vida ingin jersi pasukan The Red Warriors ditukarkan kepada warna pink, selari dengan warna tema produk kecantikannya, Qu Puteh.
Mungkin ada yang berpendapat penukaran warna jersi wajar dilakukan, tapi apabila ingin ditukar pink ia seperti tidak kena. Mungkin juga warna merah sudah sebati dengan pasukan The Red Warriors, sebab itu nampak pelik kan?
Menurut beliau, Cristiano Ronaldo pun memakai jersi pink, menang, dan kelihatan macho. Baginya warna pink bermaruah dan memodenkan diri.
4. Mahu dilantik sebagai pengurus eksekutif bagi melayakkan dirinya duduk di kerusi pemain simpanan
Bukan itu saja, malah Dato' Seri Vida mahu dirinya dilantik sebagai pengurus eksekutif pasukan walaupun jawatan itu tidak WUJUD!
Jawatan tersebut adalah kali pertama diwujudkan dalam pasukan The Red Warriors. Apabila ditanya, motifnya hanya membolehkan beliau dapat berinteraksi dengan lebih dekat bersama seluruh pemain pasukan sewaktu perlawanan berlangsung.
Ujar beliau, "Apabila saya dilantik sebagai pengurus eksekutif, saya boleh berada di kerusi pemain simpanan bersama Ketua Jurulatih, K Devan sepanjang perlawanan Liga M diadakan musim ini."
bharian.com.my5. Kalau boleh nak buang terus simbol Nike di jersi pemain. Ha?
"Walaupun Nike keluarkan jersi warna pink, saya tetap tolak," tegas Dato' Seri Vida.
Namun, buat pengetahuan semua, Nike masih lagi mempunyai kontrak satu tahun dengan pasukan bola sepak Kelantan.
"Saya akan terus berjuang bagi memastikan jersi utama The Red Warriors (TRW) berwarna pink. Kalau boleh nak buang terus simbol Nike tu, tidak adil bagi saya sebagai penaja utama," katanya lagi.
mstar.com.myInginkan lebih cerita menarik seperti ini? **LIKE *Facebook SAYS SEISMIK serta *follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!