Ini 7 Kisah Melucukan Lepas Kantoi Dating & Bercinta Di Sekolah. Kelakar Habis!
Kelakar pulak teringat zaman sekolah dulu. :P
Zaman sekolah dulu, kalau bercinta bukan main sweet. Berutus-utus surat siap letak bedak wangi lagi.
Tapi itu zaman waktu handphone belum digunakan secara meluaslah. Bila dah maju sikit pakai Nokia 3310 main mesej malam-malam, tersenyum simpul baca mesej si buah hati. Yelah, tengah angau bercinta kan? Tapi kenalah silent phone takut nanti kantoi pulak bawak handphone kat asrama.
Dan part paling lawak apabila anda atau pun kawan-kawan yang bercinta ni kena tangkap dengan cikgu masa tengah dating. Lawak betul!
1. Nama kena sebut dalam perhimpunan
"Saya ingat lagi saya pernah ditangkap ber-dating dengan makwe masa saya tingkatan 5. Makwe masa tu sebenarnya adik angkat je. Tapi makin lama perasaan tu dah bertukar pulak. Budak-budak kan waktu tu. Tak matang lagi. So, one day kitorang ber-dating dekat satu bangunan sekolah ni. Bangunan dia memang sunyi tak ramai sangat orang. Masa tengah dating, datang cikgu disipin dengan beberapa orang lagi cikgu lain tangkap kitorang.
"Haha rasa lawak masa tu sebab punya lah malu tapi kitorang tak buat apa-apa pun ya. Biasalah dah kena tangkap, kitorang kena masuk bilik disiplin dan kena ceramah 4 jam dengan cikgu. Minggu depannya waktu perhimpunan, cikgu bangkitkan isu tu dan sebut nama kitorang berdua. Malu weh satu sekolah tahu kitorang kantoi dating. Lepas nama kitorang disebut, semua orang pandang kami. Kawan-kawan ada yang gelakkan sebab tengok muka saya merah padam waktu tu." - Faiz
2. 'Dikahwinkan' masa perhimpunan
"Ingat lagi saya pernah kantoi ber-dating dekat asrama. Masa tu waktu prep, 3 bulan lagi nak SPM. Saya jumpa dia memang nak tanya soalan maths sebab dia memang pandai maths. So, masa kitorang jumpa tu lepas solat isyak. Memang cakap nak jumpa suruh tunjuk cara jawab soalan tu je. Eleh padahal memang gatal sebenarnya nak jumpa.
"Haha jadi masa dia tengah tunjuk kira-kira, tiba-tiba warden asrama datang. Warden tu dah lah garang gila. Masa kena tangkap tu senyap je. Kaki dah menggigil ketakutan haha. Esok masa perhimpunan aspura dan aspuri, kitorang kena panggil kat depan. Ada dua kerusi. Saya mula-mula pelik, rupa-rupanya kitorang kena duduk kat situ dan 'dikahwinkan' depan kawan-kawan lain. Feeling pengantin betul waktu tu. Serius malu gila weh." - Daus
3. Kena berselawat guna tasbih BESAR
"Ini bukan cerita pasal saya. Ini pasal kawan saya yang kena tangkap bercinta dalam kelas. Waktu tu masa tingkatan 4. Diorang ni kemaruk bercinta sampai hari-hari nak berutus surat. Satu kelas pula tu. Kononnya guna surat nampak lebih klasik dan sweet berbanding mesej guna telefon bimbit.
"Sampai satu hari tu, waktu spotcheck, surat terlepas ke tangan ustazah dan kaunselor. Diorang kena panggil masuk bilik kaunselor dan kaunselor tu bagi diorang tasbih. Tasbih ni bukan kecik-kecik, besar bukan main. Kena tolak pakai 5 jari masa berselawat tu baru biji dia bergerak. Hahaha kelakar betul. Bukannya kalau kantoi bercinta je kena, kalau buat salah lain even bising dalam kelas pun kena. Ayat kaunselor tu memang saya takleh lupa. 'Haaa selawat!' Tapi kan, kat mana kaunselor kitorang dapat tasbih tu eh?" - Afifi
4. Dapat tazkirah free
"Biasalah masa zaman budak-budak dulu tak matang and gatal. Pernah kena tangkap waktu dating masa girlfriend nak bagi hadiah sebab waktu tu hari jadi saya. Kitorang jumpa dekat belakang library sebab situ memang agak sunyi. Kawan ada ikut sorang kononnya nak cover line kalau-kalau ada cikgu lalu.
"Lepas dapat hadiah, tiba-tiba kawan saya hilang. Tengok dia dah berlari jauh. Rupa-rupanya ada cikgu nampak kitorang. Masa tu nak lari dah tak sempat. Yang malunya cikgu tu pakcik saya sendiri. Haa... tak pasal-pasal dapat tazkirah percuma waktu tu juga. Punyalah panjang tazkirah tu. Ingatkan dah habis, balik rumah mak dengan ayah pula sambung. Masa tu malu betul dengan mak ayah. Fikir-fikir balik bodohnya waktu budak-budak dulu. Haha..." - Amir
5. Ikrar tak kan ber-dating lagi waktu
"Zaman sekolah dulu memang ramai kawan saya bercinta. Biasalah cinta monyet, baru nak up. Masa tu tengah roll call kat asrama. Semua serius semacam je dan tiba-tiba warden panggil 2 orang nama kawan saya. Bila dengar je nama tu, dah tahu dah ni mesti kena tangkap dating ni tak pun kantoi bercinta dalam kelas. Muka diorang masa tu dah merah padam dah. Nak gelak pun ya, nak kesian pun ya. Tapi lebih pada nak gelak lah haha.
"Masa tu tertanya-tanya lah jugak apa yang diorang kena buat bila kena panggil depan ni. Korang tahu tak, rupa-rupanya diorang kena paksa berikrar yang diorang tak kan ber*dating* lagi depan kitorang. Yang kelakarnya diorang sendiri tergelak-gelak masa baca ikrar tu. Teruk betul! Haha kitorang lagi lah sakit perut tengok diorang. Tapi takde maknanya pun ikrar tu. Petang tu diorang dating balik." - Suhada
6. Kena paksa break up sewaktu roll call
"Dulu waktu sekolah teknik, saya ingat lagi lepas habis gotong royong aspuri, tiba-tiba MPP buat announcement ada roll call pukul 11.30 pagi. Selalunya roll call pukul 8 pagi, agak pelik lah kan bila ada roll call mengejut macam ni. Dalam hati dah agak mesti ada budak lelaki fly tak reti balik ni malam tadi. Tapi bila turun, tengok ada 6 kerusi tersusun tengah-tengah padang kawad. Hmm... stress jugaklah, dah lah masa tu matahari dah naik tegak atas kepala. Sekali ustaz buat pengumuman, 'Kepada pasangan-pasangan munafik yang buat kerja haram tadi sila duduk di kerusi yang dah saya susun ni'. Terkejut kitorang dengar ustaz cakap macam tu. Maka keluarlah muka-muka yang familiar, rupanya budak junior kena tangkap kantoi dating. Haa yang paling malu, bila ada budak junior dorm sendiri.
"So, tiga pasangan tu kena duduk berhadapan pasangan mereka dan dipaksa minta putus depan semua orang. Yang paling kelakar, ada satu budak junior perempuan ni boleh menangis sebab kantoi dating dengan lelaki lain. Pakwe dia duduk tengok dari jauh je, haha kitorang semua gelak je lah. Free show kot! Drama hari Ahad, memang best! Hehe yang paling tak boleh lupa bila ustaz cakap, 'Apa guna bercium, berpeluk belakang longkang sekolah. Kalau nak dating pun, cari lah port yang elok sikit. Perempuan pun sama, kalau nak cari laki cari yang bersih sikit. Macam mana boleh feel nak dating belakang tempat kotor macam tu?' Haha LOL sangat." - Anis
7. Dalam pemerhatian Pengawas Pergerakan Islam (PPI)
"Masa duduk asrama dulu, time ada pelajar kantoi dating memang semua happy sakan. Free entertainment tau! Ingat lagi masa dulu, ustaz dah penat asyik nak kantoi kan diorang ni dating. Ustaz buat rules baru khas untuk pasangan bercinta yang AKTIF dating dekat kawasan sekolah/asrama. Setiap pasangan tu akan dipasang seorang spy yang tergolong dari golongan PPI (Pengawas Pergerakan Islam).
"PPI tu haruslah menjadi mata-mata kepada pasangan itu dan selalu mengikut setiap langkah mereka dari jauh. Kalau pasangan tu dijumpai membuat perkara yang menuju ke arah dating, nama akan diambil dan kena de*merit* lah! Rajin betul lah PPI tu kan nak buat, tapi memang betul! Kalau de*merit* dah lebih, boleh sampai kena buang asrama tau. Ish ish ish, jgn dating dekat sekolah ya adik-adik." - Hazwan