14 Jenis Denda Di Zaman Sekolah Yang Pasti Kita Ingat Sampai Bila-Bila
Sempena Hari Guru ini, kami senaraikan denda-denda yang pelajar paling nakal di sekolah pasti ingat.
1. Kena berdiri di tempat duduk masing-masing sepanjang waktu kelas
Selalunya ini terjadi bila cikgu dah jadi geram. Sebabkan seorang dua buat hal, satu kelas kena.
2. Kena berdiri di atas kerusi
Kalau tak buat kerja sekolah atau tak boleh jawab soalan, inilah akibatnya.
3. Kena berdiri di atas meja
Ini selalunya terjadi kepada pelajar yang paling nakal dalam kelas.
4. Kena berdiri di luar kelas
Kadang-kadang ada yang sampai kena berdiri di depan perhimpunan.
5. Kena tulis ayat berulang-ulang di papan hitam...
Kalau kena denda ini, jawabnya balik lambat.
6. ... ataupun dalam buku nota
Lepas tu lenguh tangan. Ye lah. Kadang-kadang sampai 200 atau 300 ayat. 1000 pun ada!
7. Kena kutip sampah di kawasan sekolah
Kalau nak yang paling ekstrem, kena kutip sampah di padang sekolah tengah-tengah cuaca panas.
8. Kena pulas telinga, cubit perut atau tarik sideburn
Siapa suruh sideburn panjang. Pelajar lelaki tak mungkin akan dapat lupakan ini.
9. Kena denda paling kurang RM0.20 sen dan duit tu masuk dalam tabung kelas
Ini kira ok lagi. Bila sampai akhir tahun, cukup lah nak buat jamuan kelas.
12. Kena ketuk ketampi
Tak kira pelajar lelaki atau perempuan, dua-dua pasti pernah alaminya.
Walaupun cikgu denda kami, kami tahu ianya bertujuan untuk mendidik kami menjadi anak bangsa yang berguna pada masa depan. Oleh itu, kami ingin mengucapkan TERIMA KASIH CIKGU dan SELAMAT HARI GURU!
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!