Dengan Halia & Cuka, Wanita Ini Kongsi Rawatan Muka Setaraf Facial RM250

Low maintenance sangat!

  • Ramai wanita yang mengimpikan untuk memiliki kulit wajah yang licin bak kaca. Namun, adakah anda tahu ada cara lain untuk memiliki wajah impian anda tanpa mengeluarkan ribuan ringgit?

    • Untuk anda miliki kulit yang cantik tidak semestinya perlu mengeluarkan duit yang banyak. Ramai wanita sanggup membeli pakej untuk membuat rawatan muka sehingga mencapai ribuan ringgit dan mendapat keputusan yang tidak memuaskan hati.

      Bukankah ianya merugikan?

      Seorang wanita di laman Facebook yang dikenali sebagai Che Mira Kimora telah berkongsi tips untuk memiliki kulit wajah licin seperti kaca dengan menggunakan halia dan cuka sahaja. Betul ke ni?

  • Tips kulit wajah bersih bersinar seperti rawatan facial bernilai RM250!

    • Walaupun hanya menggunakan bahan yang murah, wajah anda boleh tampil licin dan bersih dengan cara yang sangat mudah dan boleh dilakukan di rumah.

      Tiada lagi flek-flek hitam pada wajah selepas mengamalkan tips ini dengan konsisten. Inilah rahsianya menjaga kulit sentiasa nampak segar dan awet muda.

      Bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan yang diperlukan dan cara-caranya.

      Bahan-bahan yang diperlukan:

      1. 1 cawan cuka
      2. 2 ketul halia (bersih dikupas)
      3. Sediakan 1 bekas kaca
      4. 1 mangkuk kecil kiub ais

  • 1. Perap halia dengan air cuka

    • Pertama sekali, hiris halia nipis-nipis dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian, rendamkan ke dalam air cuka semalaman biar halia sebati.

      Manfaat cuka yang anda perlu tahu:

      1. Mengecutkan jerawat
      2. Zat anti aging
      3. Mengurangkan bintik-bintik penuaan
      4. Menghilangkan racun dari wajah anda

  • 2. Mula menggosok ke wajah anda

    • Gosok kepingan halia yang sudah diperap dengan air cuka selama 10 minit secara perlahan-lahan di permukaan kulit. Selepas itu bilas dengan air dan guna ketulan ais, gosok di seluruh bahagian muka.

  • 3. Gosok muka anda dengan ketulan ais

  • 4. Boleh simpan lebihan stok yang ada

    • Halia dan cuka yang diperap boleh digunakan kembali sehingga 3 minggu ya. Bila anda ada masa, boleh letak dekat muka. Jeragat pun takut nak naik!

  • Hasilnya, kulit anda bertambah glowing walau tanpa sebarang make up. Senang je bukan? :)

    • Menurutnya, semua amalan ini diamalkan setiap 2 ke 3 kali seminggu. Senang dan ringkas untuk beliau yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat.

      Amalkan secara konsisten untuk dapatkan kesan yang sangat-sangat mulus. Kulit muka yang bersih mulus tanpa sedikit pun flek hitam timbul. Jeragat pun seram nak membiak. Paling penting menaikkan seri wajah.

  • Selamat mencuba! :)

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Antara perkongsian lain di SEISMIK:

Most-read stories today

Leave a comment