[GAMBAR] Gigi Kanak-Kanak 3 Tahun Rosak Teruk Akibat Gula, Ibu Minta Doktor Cabut Semua

Penjagaan gigi dan pemakanan kanak-kanak seharunya dititikberatkan.

  • Sepatutnya dari kecil, ibu bapa perlu menjaga pemakanan anak. Ibu bapa juga harus menghindarkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang berlebihan.

    • Hal ini kerana, penjagaan gigi seharusnya diambil berat dari peringkat awal pertumbuhan gigi. Pemakanan kanak-kanak juga harus dipantau.

  • Apa yang akan berlaku jika penjagaan gigi anak-anak diabaikan? Kesannya seperti dalam perkongsian oleh Doktor Hannani Murni di akaun Facebook miliknya.

    • Dikatakan ibu kepada kanak-kanak tersebut meminta untuk mencabut semua gigi kerana semua gigi anaknya telah rosak. Doktor Hannani Murni juga menjelaskan bahawa kalau cabut satu gigi pun mengambil masa yang lama untuk sembuh. Apatah lagi kesemua gigi untuk kanak-kanak yang baru berumur 3 tahun tersebut.

      Beliau juga menambah bahawa sekarang terlalu banyak penyakit yang disebabkan oleh gula. Kanak-kanak sekarang boleh didedahkan dengan penyakit kencing manis pada umur yang masih muda. Ada juga kanak-kanak yang ketagih gula dan tidak boleh berpisah dengan minuman air gas.

      Masyarakat seringkali tidak membuat kajian sebelum membeli. Lagi-lagi yang termakan dengan iklan makanan sunnah, dari mekah atau dari al-Quran. Beliau turut menjelaskan bahawa beliau bukan anti makanan sunnah tetapi beliau seringkali terjumpa 'makanan sunnah' ini ke pusat racun negara kerana mengandungi steroid dan bahan terlarang.

  • Baca status penuh perkongsian beliau di bawah:

    • KAN DAH CAKAP....

      Beberapa kali post saya sebelum ni..menekankan pilihan yang baik untuk anak2 
      Pilih susu yang baik
      Pilih makann yang baik
      Cheat day tu ok laaa sekali sekala
      Tapi kalo hari2 cheat day???

      Mak ayah xnak susah.. 
      Malas nak berperang
      Ataw terpedaya dgn iklan2 tv
      Ataw merasakan ilmu2 parenting xpenting
      Saya pun xpaham

      Ni saya sajikan 
      Gigi pesakit saya
      Baru 3 tahun
      Gigi dah semuanya rosak!!!
      Semua ok!!!

    • Saya tanya mak dia
      Kenapa teruk sangat rosak gigi??
      Dia cakap
      Sebab dia minum “tamark@k@” dia xnak susu lain.. dia tdo pun msti nak kne mnum tamar*^#% niii sehari 6 botol wajib!”

      Post sy sblm ni sy ada share kandungan gula dlam tamar$&@) (bukan nama sebenar)
      Gula yang banyak adalah bahaya untuk manusia

      Tapi susah nk educate mak ayah
      Kenapa suka beli bende tu??

      Sebb ada kurma??
      Sebab murah? Sebab anak suka??
      Org yang jual bnde tu kadang hanya nak tarik pelanggan je.. berapa percent kurma dia letak
      Kurma itself da cukup manis
      Tambah gula lagi??
      Mana anak xketagih gula??

      Kesian anak ni.. hari2 nanges sbb sakit gigi


    • “Tulaaa doktor..saya ingat nnt saya cuti ni nak bawak datang kat sini nak cabut gigi dia smua nii”
      Nak dicabut smua??

      Hmmm
      Cuba awk gi cabut sebatang?? Mc brp hari?? Ni awak nak cabut smua gigi tu skali gus??
      Well done mother

      Banyak pnyakit yang disebabkan oleh gula 
      Kesan anak sukar focus dalam task
      Boleh lead to hyperactive disorder

      Anak boleh dpt kencing manis lebih awal
      Malah ada pesakit saya ketagih gula
      Mesti nak minum air gas
      Budak baru umo 8tahun...
      Mak dia kje restoran.. 
      entahlaaa

      Kadang masyarakat kita
      Kalau disajikan dgn iklan 
      Makann sunnah
      Diiktiraf rasulullah lagi
      Dari mekah 
      Dalam alquran

      Tanpa selidik tanpa dikaji mesti nak beli

      Saya bukan anti makanan sunnah
      Tapi bukan sekali saya jumpa dan melaporkan “mknan sunnah” ni ke pusat racun negara.. sekali ade steroid dan bahan terlarang...
      Bukan sekali
      Bukan sekali....

      Kalau nak makan kurma gi la beli kurma!
      Kalo nak makan buah zaitun buah tin.. watuuurisiiiniin gi la beli zaitun itself..
      Kenapa nak dicampur adukkan ditambah perisa dan ditambah stabilizer dan dijadikan amalan??
      Sebab... senang... 
      Dalam satu sudu ade 23 herba dan makann sunnah kan... 
      Hebat betul!!

      Sekarang smuanya dihujung jari
      Bukak cek
      Kalo tak tahu tanya
      Kami kan ada

      #kamisediamembantu

  • Dinasihatkan dari peringkat awal, didiklah anak-anak untuk menjaga gigi dan elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Anda sudah baca tentang fake braces? Baca SINI:

Most-read stories today

Leave a comment