seismik

dUCk Cosmetics Buah Tangan Terbaru Daripada Vivy Yusof Untuk Anda Semua!

Menarik.

Cover image via dUCk Cosmetics

Setelah berjaya menempa nama sebagai sebuah jenama yang dikenali ramai, The dUCk Group kini melangkah lebih jauh dengan mengeluarkan rangkaian produk kosmetik di bawah jenama tersebut

dUCk Cosmetics merupakan buah tangan terbaru daripada pengasas dUCk, Vivy Yusof, yang menawarkan rangkaian kosmetik yang terkini dengan pilihan produk serta warna yang memikat hati.

Image via dUCk Cosmetics

Rangkaian kosmetik dari jenama dUCk ini menawarkan alat solek yang asas namun pasti ingin dimiliki oleh wanita serta gadis yang gemar mengenakan mekap pada wajah.

Tiga rangkaian produk asas dalam dUCk Cosmetics ini ialah:

1. Bibir - LipstickWitU, Matte Decision, Glossip Girl
2. Pembayang mata - All Eye Ask Eyeshadow (Nude Palette dan Smokey Palette)
3. Pembersih solekan - Refreshing, Hydrating, Brightening

Image via dUCk Cosmetics

#Lipstickwitu Lipstick (RM70)

Image via dUCk Cosmetics

Bagi mereka yang gemarkan lipstik, dUCk Cosmetics mengeluarkan pilihan warna lipstik yang menarik serta terkini. Teksturnya juga tidak mengeringkan bibir serta tahan lama. Memang rambang mata nak pilih! #Lipstickwitu boleh didapati dalam 4 rona warna yang memikat.

Image via dUCk Cosmetics

#MatteDecisions Lip Cream (RM75)

Image via dUCk Cosmetics

Pemakaian lipstik jenis matte ini sudah menjadi trend bagi mereka yang gemar memakai lipstik. #MatteDecisions ini hadir dalam 5 rona warna yang menarik serta sesuai dengan semua jenis warna kulit. Teksturnya yang lembut dan mudah disapu pada bibir bakal menjadi produk kegemaran anda.

Image via dUCk Cosmetics

#GlossipGirl Lip Gloss (RM60)

Image via dUCk Cosmetics

Bagi anda yang inginkan bibir yang kelihatan mugil, boleh cuba rangkaian #GlossipGirl yang didatangkan dalam 4 rona warna yang menambat hati. Apa salahnya sekali-sekala kita cuba sesuatu yang baru!

Image via dUCk Cosmetics

#AllEyeAsk Eyeshadow Palette (RM135)

Image via dUCk Cosmetics

Nak mekap yang nampak natural? Pembayang mata #AllEyeAsk dalam set Nude ini adalah pilihan terbaik buat anda kerana terdapat 10 rona warna lembut yang boleh anda pilih. Dan bagi mereka yang berani dan inginkan mata yang kelihatan lebih garang, set pembayang mata Smokey dari dUCk Cosmetics adalah pilihan yang tepat.

Image via dUCk Cosmetics

#nofilter Makeup Remover (RM100)

Image via dUCk Cosmetics

Produk ini berfungsi dalam tiga cara iaitu sebagai pembersih solekan, pencuci muka serta toner. Sifatnya yang berbuih seperti pencuci muka pastinya akan membuat muka anda terasa bersih dengan hanya sekali cucian. Terdapat tiga produk dalam rangkaian #nofilter Makeup Remover ini iaitu Hydrating, Refreshing dan juga Brightening.

Jangan ketinggalan untuk dapatkan koleksi ini dari butik dUCk Cosmetics di tingkat 6, Pavilion, Kuala Lumpur ataupun secara online di FashionValet

Image via dUCk Cosmetics

Anda rasa nak cuba produk terbaru dari jenama dUCk ini? Kongsikan komen anda di bawah. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hati-hati memilih produk kosmetik!

You may be interested in: