Eksperimen “Kaya Harta” Ini Buktikan Betapa Mudahnya Orang Kita Tertipu Dengan Kemewahan
"Jentik" saja sedikit tentang kekayaan, ramai yang terus percaya bulat-bulat.
Cover image via Facebook Khairul EzuwanPada 3 November lepas, seorang netizen di Facebook, Khairul Ezuwan berkongsi tentang kemewahan yang telah dikecapinya selama 9 tahun bekerja dengan menyenaraikan satu persatu aset yang dimilikinya
Image via Facebook Khairul Ezuwan
Khairul Ezuwan juga mendakwa akan memberi seminar bagi mendedahkan rahsia kekayaan beliau secara percuma kepada orang ramai sekiranya mendapat maklum balas "Saya Nak Tahu" sebanyak 500 kali di ruangan komen.
Bila terbaca status sebegini, orang ramai berpusu-pusu menurunkan komen "Saya nak tahu" bagi mengetahui rahsia mencapai kemewahan dalam hidup yang diidam-idamkan selama ini
Image via Facebook Khairul Ezuwan
Image via Facebook Khairul Ezuwan
Ya lah, siapa tak nak kaya kan?
Dalam masa 20 minit sahaja, status tersebut menerima sebanyak hampir 600 komen. Malangnya, apa yang menyedihkan Khairul Ezuwan adalah hakikat bahawa orang kita terlalu mudah mempercayai sesuatu perkara tanpa usul periksa.
Image via Facebook Khairul Ezuwan
Status tersebut sebenarnya hanya satu helah yang Khairul Ezuwan gunakan bagi melihat reaksi orang ramai terhadap pendedahan rahsia kejayaan. Ternyata, ramai orang yang terlalu mudah tertipu dengan propaganda kekayaan harta dunia.
