seismik

Estranged Kena Tipu Dengan 'Scammer' Kononnya Dari Apple Music, Fail Saman RM100,000!

"Peristiwa ini amat memalukan kami." - Estranged.

Cover image via SAYS

Awal bulan Disember, beberapa media melaporkan bahawa band alternatif rock tempatan, Estranged telah dijemput untuk membuat persembahan di 'Apple Music Christmas Festival' di United Kingdom

Image via Estranged

Estranged yang dianggotai oleh Rich, Hanafi dan Din dilapor bakal berkongsi pentas di festival tersebut bersama nama-nama besar dalam insustri muzik dunia seperti Metallica, Radiohead, dan banyak lagi pada akhir tahun ini.

Walaubagaimanapun, laporan ini adalah tidak benar dan terbukti Estranged telah terjerat dalam satu scam yang dirancang.

Estranged telah diperdaya oleh seorang con artist dan baru-baru ini mendapati bahawa festival Apple Music di London itu sebenarnya langsung tidak wujud!

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Estranged, con artist ini merupakan seorang warganegara Malaysia bernama Eziana Abd Aziz yang telah memperkenalkan diri beliau sebagai Pengurus Publisiti Apple Inc. (Pejabat London).

Eziana juga telah menyerahkan kepada pengurus Estranged salinan surat daripada Apple Music, kononnya daripada seorang Pengarah Apple Music bernama Adam TL Wilson.

Ini suratnya.

Image via Estranged

Dukacitanya, surat tersebut adalah PALSU belaka.

"Kami telahpun menghubungi pihak Apple di UK yang telah mengesahkan bahawa beliau merupakan seorang fraud," petik kenyataan pihak Estranged.

Pada mulanya, pihak Estranged teragak-agak sama ada mereka harus mendedahkan perkara ini kepada pihak umum atau tidak kerana mungkin boleh menjejaskan imej Estranged

Image via Estranged

Namun begitu, mereka telah membuat keputusan untuk mendedahkan maklumat ini kepada pihak umum atas kepentingan pemuzik-pemuzik lain yang tidak bersalah agar tidak terpedaya apabila melibatkan urusan perniagaan.

"Adalah naluri kami sebagai pemuzik yang kadang kala terlalu mempercayai seseorang. Hal ini amat memalukan dan membebankan kami, dan kami terpaksa menanggung akibatnya," kata Estranged.

Difahamkan, con artist tersebut sedang mencuba untuk mendekati pemuzik-pemuzik tempatan yang lain pula

"Perkara ini adalah untuk memberi amaran kepada semua pemuzik dan kumpulan-kumpulan Malaysia bahawa con artist ini merupakan seorang warganegara Malaysia bernama Eziana Abd Aziz, dan beliau masih di luar sana.

"Kami telah membuat keputusan untuk mendedahkan perkara ini kepada pihak umum kerana kami tidak boleh sekadar berdiam diri dan membiarkan pemuzik-pemuzik yang lain terus menjadi mangsa penipuan ini," kata Estranged lagi.

Peristiwa ini amat memberi kesan terhadap Estranged sehingga mereka mempertimbangkan untuk berpecah dan membatalkan tour mereka yang akan datang di Kilang Bateri, Johor Bahru

Tetapi akhirnya, Estranged membuat keputusan untuk tabahkan diri demi peminat-peminat dan akan meneruskan perjalanan muzik mereka dengan keazaman yang lebih kuat dan dengan sebaik mungkin.

Image via Estranged

Terbaru, Estranged telah memfailkan saman RM100,000 terhadap Eziana

Estranged akan mengadakan sidang media pada Rabu, 4 Januari 2017 bagi memberi penjelasan lanjut mengenai gambaran keseluruhan kes mahkamah terhadap Eziana oleh peguam Estranged, dan juga mengenai tindakan undang-undang yang akan diambil.

Image via Estranged
Image via Estranged

Follow Estranged dengan lebih dekat di Instagram dan Facebook.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Penyamun menyamar jadi 'Apple Support' pun ada!

You may be interested in: