seismik

#RespectMy20Cents - Facebook Datuk Seri Najib Razak Kena Spam & Diserang Mesej “20¢”

Semuanya gara-gara petrol!

Cover image via SAYS

Berikutan kenaikkan harga minyak RON95 dan RON97 sebanyak 20sen yang berkuatkuasa 1 Februari lalu, laman sosial Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diserang habis-habisan dengan mesej “20¢” oleh netizen

Netizen yang tidak puas hati dengan keputusan tersebut mengambil kesempatan menulis “20¢” di bahagian komen pada setiap status dan pautan yang dikongsi beliau di laman Facebook.

Ramai pengguna menampal beratus-ratus simbol itu dalam satu komen. Tiada ulasan lain diberikan.

Selain simbol tersebut, orang ramai juga menggunakan #RespectMyPM dan 'DUA PULUH SEN' dalam ruang komen di status Facebook beliau

Hashtag yang bertujuan untuk menunjukkan sokongan kepada Najib itu menjadi trending di Twitter Mac lalu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata dana yang didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau adalah sumbangan.

Sejak 2015, Perdana Menteri telah dibelenggu dengan dakwaan rasuah yang serius yang mendakwa penglibatan beliau dalam kes berprofil tinggi iaitu skandal 1MDB.

Hampir setahun kemudian, #RespectMyPM masih kukuh dan boleh didapati di kebanyakan post Facebook beliau sejak itu.

Bagaimanapun, berikutan dengan provokasi terhadap kenaikkan harga petrol, satu hashtag baru telah diwujudkan netizen iaitu #RespectMy20Cents.

Ada juga di antara mereka yang meluahkan rasa geram dan sedih dengan kenaikkan harga minyak tersebut. Kata salah seorang pengguna tersebut, mungkin kerajaan akan berhenti menaikkan harga minyak sekiranya satu hari nanti 5-10 rakyat Malaysia mengambil keputusan membunuh diri atas desakan hidup.

Jadi, apa pendapat anda? Adakah rakyat Malaysia seharusnya berhenti daripada spamming laman sosial Najib Razak?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: