seismik

13 Fantasi Vs. Realiti Orang Kita Berpuasa Setiap Kali Ramadan

Mengaku jelah. Memang tiap-tiap tahun pun macam ni.

Cover image via SAYS

1. Fantasi: Bangun pukul 5 pagi sebab tak nak miss Sahur

Makan pun tenang dan tak kelam kabut. Bak kata pepatah, boleh take your own sweet time. Gitu.

Image via SAYS

Realiti: Bangun betul-betul dah nak habis Sahur

Kelam kabut pergi makan dan minum sebab tak nak lapar nanti masa siang. Lagi sedih kalau bangun masa azan Subuh. Langsung tak dapat makan. Baik tak payah bangun.

Image via blogspot.com

2. Fantasi: Baca Al-Quran secara konsisten setiap hari

Niat di hati memang nak khatam Al-Quran. Satu hari satu juzuk katanya.

Image via muslim.or.id

Realiti: Baru baca berapa muka surat dah stop

Terus tak jumpa motivasi untuk teruskan. Indah khabar dari rupa.

3. Fantasi: Setiap hari pergi solat Terawih kat surau atau masjid sepanjang Ramadan

Kalau boleh tak nak miss. Paling malas pun, mesti kena buat 8 rakaat kat rumah. Lagi bagus kalau tambah lagi 3 untuk Witir.

Image via ismamesir.net

Realiti: Seminggu pertama je semangat, atau mungkin 10 hari pertama

Lepastu Terawih semua ke laut. Mengaku jelah.

Image via SAYS

4. Fantasi: Tak nak habiskan banyak duit kat bazar Ramadan beli juadah yang tak perlu sebab takut membazir

Maklumlah, membazir itu kan amalan syaitan. Beli makanan banyak-banyak tapi nanti makan seketul je.

Image via amazonaws.com

Realiti: Tak tahan tengok makanan dan minuman yang sedap-sedap belaka kat bazar. Slrrpp!

Semua pun nak beli. Selagi duit belum habis, selagi tu lah belanja sakan. Jadilah bazir Ramadan di bazar Ramadan.

5. Fantasi: Nak aktifkan diri buat aktiviti bermanfaat

Contohnya seperti pergi kuliah, masuk kelas agama, belajar mengaji, join dakwah dan macam-macam lagi.

Image via YouTube

Realiti: "Emm... Nantilah."

Semua benda jadi tertangguh. Sampai bila pun tak tahulah.

Image via SAYS

6. Fantasi: Tak nak habiskan masa Ramadan dengan hanya tidur dan tak buat apa-apa

Amalan makruh sebegini tidak patut sama sekali untuk kita lakukan pada bulan Ramadan. #donedakwah

Image via SAYS

Realiti: Zzzz...

Bila bulan Ramadan je dia punya ngantuk memang lain macam sikit. Allahu.

Image via YouTube

7. Fantasi: Besederhana ketika berbuka puasa

Tak elok makan banyak-banyak sebab nanti susah nak Terawih.

Image via punyasaya

Realiti: LAHAP SEMUA BENDA!

Nasi? Yes!
Ayam percik? Yes!
Kuih-muih? Yes!
Cendol? Yes!
Durian? Yes and yes!

Lepas makan terus tidur.

Image via says.com

8. Fantasi: Walaupun puasa, bersukan tetap tak boleh tinggal

Sangat penting untuk kita kekalkan kesihatan. Kalau tak sihat macam mana nak puasa, betul tak?

Image via says.com

Realiti: "Puasa ni rehat dulu lah. Dah Raya nanti baru fikir pasal exercise."

Lagi pun, masa puasa memang tak ada banyak masa pun untuk bersukan.

Image via SAYS

9. Fantasi: Banyakkan bersedekah, buat amal jariah, dan buat kerja-kerja kebajikan

Bak kata pepatah, the more you give, the more you get. Bulan Ramadan kan bulan yang mulia. Tak kan tak nak buat pahala lebih ye dok?

Realiti: Duit banyak habis pergi berbuka luar

Sama ada berbuka kat buffet hotel yang mahal, kat restoran yang fancy, kat bazar, atau kat kafe hipster, tak kisahlah janji tempat tu ada jual makanan.

Image via Giphy

10. Fantasi: Tak nak tinggal solat 5 waktu

Kalau puasa tapi tak solat lebih baik tak payah puasa. Sia-sia je puasa tu.

Image via Jihad Islam

Realiti: Lepas Sahur terus tidur

Walaupun ngantuk, kita tetap gigihkan diri untuk bangun makan. Tapi lepas makan, terus tak boleh tahan ngantuk. Maka terlepaslah solat Subuh.

Image via SAYS

11. Fantasi: Lepas habis Terawih nanti nak tidur terus bila sampai rumah

Susah betul solat nak khusyuk. Mengantuk sangat. Mata macam ada gam.

Image via YouTube

Realiti: Sampai je rumah, tenaga datang secara tiba-tiba!

Daripada nak tidur, terus tak jadi. Alang-alang dah ada energy, pergi ngeteh kejap kat mamak atau tengok TV, atau buatlah apa yang patut. Akhirnya tidur lambat.

Image via giphy.com

12. Fantasi: Nak pastikan tenaga sentiasa ada masa siang hari dan tak lesu ketika bekerja

Bulan puasa bukan alasan untuk kita jadi malas dan tak bermaya.

Image via tumblr.com

Realiti: Tak ada semangat nak kerja sebab lemah, letih, lapar, ngantuk, dan sebagainya

Kenapa bulan Ramadan selalunya kita akan rasa ngantuk gila eh?

Image via blogspot.com

13. Fantasi: 10 malam terakhir nak fokus beribadah untuk dapatkan Lailatul Qadar

Malam 1,000 bulan. Banyak sangat ganjaran dan pahala.

Image via sayangsabah.com

Realiti: 10 malam terakhir jadi LAILATUL BAZAR!

Raya dah nak dekat, shopping belum complete lagi. Lailatul bazar lah kita ke Jalan TAR dan Masjid Jamek!

Image via amazonaws.com

Ulang step 1 sampai 13

Image via popkey.co

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum balik kampung, baca ini dulu ya:

You may be interested in: