Peliknya! Hujan Hanya Turun Pada Sebuah Rumah Di Indonesia. Sains Pun Tak Dapat Jelaskan
Macam mana boleh jadi?
Kejadian hujan yang hanya turun di atas sebuah rumah di Jakarta Selatan pada Sabtu lepas merupakan satu fenomena alam yang jarang berlaku di dunia
Kejadian pelik yang berlaku di Jalan Tebet Barat Dalam 1 itu telah menarik perhatian penduduk setempat sehingga ada yang bermandi-manda serta menadah air hujan tersebut.
Memetik kenyataan dari Ketua Pusat Informasi Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BKMG), Mulyono Prabowo, fenomena alam itu sememangnya sukar untuk terjadi.
Kejadian yang berlaku di sebuah rumah berukuran 5x5 meter itu merupakan suatu fenomena yang agak ganjil kerana hujan aneh tersebut turun pada satu tempoh yang agak lama, kira-kira 6 jam.
Tambah Mulyono lagi, musim kemarau dengan ketinggian awan seperti di Tebet itu menjadikan hujan itu sangat sukar untuk berlaku yang mana ketinggian awan pada ketika itu berada dalam lingkungan 700 meter hingga 1 kilometer.
Rakaman video kejadian tersebut menjadi viral di media sosial di Indonesia kerana kejadian itu berlaku ketika cuaca panas dan kering malah rumah di sekelilingnya tidak ditimpa walau setitik hujan pun.
Pemilik rumah yang dikenali sebagai Muzakir berkata, kejadian aneh itu berlaku semasa dia sedang bermain catur dengan seorang jiran pada pukul 6.30 petang.
Mulanya mereka menyangka hujan turun di seluruh kawasan itu. Bagaimanapun, mereka terkejut apabila terlihat kanak-kanak bermain hujan dan menjerit kegembiraan kerana hujan hanya berlaku di rumahnya.
Dan dia mendapati sememangnya hujan hanya turun di rumahnya dan berterusan hingga ke tengah malam. Beliau bagaimanapun tidak membuat sebarang tafsiran mengenai fenomena itu dan membiarkan semua penduduk di situ datang menyaksikan dan merakam kejadian aneh tersebut.
Tonton video kejadian di bawah: