Ini Dia 13 Senarai Filem Menarik 2018 Yang Anda Pasti Tak Sabar Nak Tonton Di Pawagam

Tak sabar rasanya!

  • Cover image via SAYS
  • Tidak lama saja lagi, 2017 bakal melabuhkan tirainya. Buat penggemar filem, pastinya tahun 2017 antara tahun terbaik yang penuh dengan filem-filem hebat dan menarik untuk ditonton.

    • Tak kisahlah dari luar atau dalam negara, filem-filem tahun ini boleh dikatakan sangat entertaining! 

      Antara yang terkesan di hati kami adalah filem Split, Wonder Woman, Berbisik Pada Langit dan banyak lagi.

  • Jadi, bagaimana pula dengan filem-filem tahun hadapan? Di sini kami ingin kongsikan antara filem-filem yang bakal ditayangkan nanti.

    So, let's check it out!

  • 1. Insidious: The Last Key

    • Bahasa: Inggeris
      Genre: Seram / Mistik
      Tarikh Tayangan: 4 Januari 2018
      Format: 2D
      Pelakon: Lin Shaye, Hana Hayes, Leigh Whannell, Angus Sampson
      Pengarah: Adam Robitel
      Sinopsis: Mengambil tempat selepas "Chapter 3", filem ini kembali ke permulaan parapsikologis Elise Rainer, ketika pengembaraannya untuk mencari seseorang yang memburu dirinya baru bermula.

  • 2. Maze Runner: The Death Cure

    • Bahasa: Inggeris
      Genre: Sains Fiksyen
      Tarikh Tayangan: 26 Januari 2018
      Format: 2D
      Pelakon: Dylan O'Brien, Kaya Scodelario, Thomas-Bordie Sangster, Ki Hong Lee, Patricia Clarkson, Dexter Darden
      Pengarah: Wess Ball
      Sinopsis: Thomas dan beberapa gladers lain kali ini melalui satu misi yang sangat bahaya. Untuk menyelamatkan rakan-rakan, mereka perlu memasuki Last City, iaitu labirin yang dikendalikan oleh WICKED yang mungkin menjadi maze yang paling dahsyat.

  • 3. Marvel's Black Panther

    • Bahasa: Inggeris
      Genre: Sains Fiksyen
      Tarikh Tayangan: 16 Februari 2018
      Format: 2D
      Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B.Jordan, Lupita Nyong'o
      Pengarah: Ryan Coogler
      Sinopsis: Filem ini mengisahkan seorang Putera Wakanda, T' Challa, yang mengambil alih black panther, setelah bapanya mati dibunuh. Filem ini adalah spin-off kepada filem Captain America: Civil War yang ditayangkan pada tahun 2016 lalu.

  • 4. Fifty Shades Freed

    • Bahasa: Inggeris
      Genre: Drama / Romantik
      Tarikh Tayangan: 8 Februari 2018
      Format: 2D
      Pelakon: Dakota Johnson, Jamie Dornan, Kim Basinger, Arielle Kebbel, Brant Daugherty, Luke Grimes
      Pengarah: James Foley
      Sinopsis: Filem ini adalah kesinambungan cerita kepada filem 'Fifty Shades Darker'. Watak utama filem ini iaitu Christian dan Ana kini sudah berkahwin. Namun, hidup Ana terancam apabila bekas majikannya, Jack Hyde, bersumpah untuk membalas dendam kerana dipecat dari SIP. Elena pula kembali menghantui Christian yang menyebabkan hubungan pasangan suami isteri itu menjadi lebih sukar.

  • 5. A Wrinkle In Time

    • Bahasa: Inggeris
      Genre: Fantasi
      Tarikh Tayangan: 9 Mac 2018
      Format: 2D
      Pelakon: Storm Reid, Oprah Winfrey, Reese Whiterspoon, Mindy Kaling, Chris Pine
      Pengarah: Ava Duvernay
      Sinopsis: Filem ini menceritakan kisah Meg Murry, seorang gadis sekolah menengah yang dibawa dalam pengembaraan melalui masa dan ruang dengan adiknya Charles Wallace dan rakannya Calvin O'Keefe untuk menyelamatkan bapanya, saintis berbakat, dari kuasa-kuasa jahat yang menahannya di atas planet lain.

  • 6. Marvel's Avengers: Infinity War

    • Bahasa: Inggeris
      Genre: Aksi / Sains Fiksyen
      Tarikh Tayangan: 26 April 2018
      Format: 2D
      Pelakon: Robert Downey Jr, Josh Brolin, Mark Ruffalo, Tom Hiddleston, Chris Evans, Chris Hemsworth, Chris Pratt, Elizabeth Olsen, Sebastian Stan, Benedict Cumberbatch, Paul Bettany
      Pengarah: Joe Russo, Anthony Russo
      Sinopsis: Filem ini adalah bahagian pertama kepada daripada dua sekuel sebelum ini. Ia menampilkan Thanos sebagai antagonis dan peneraju utama. Ia berkisarkan Infinity Gauntlet dan enam Infinity Stones.

  • 7. Deadpool 2

    • Bahasa: Inggeris
      Genre: Aksi
      Tarikh Tayangan: 31 Mei 2018
      Format: 2D
      Pelakon: Ryan Renolds, Morena Baccarin, T.J Millier
      Pengarah: David Leitch
      Sinopsis: Masih dirahsiakan.

  • 8. Jurassic World: Fallen Kingdom

    • Bahasa: Inggeris
      Genre: Sains Fiksyen
      Tarikh Tayangan: 22 Jun 2018
      Format: 2D
      Pelakon: Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Jeff Goldblum, B.D Wong, James Cromwell
      Pengarah: J. A. Bayona
      Sinopsis: Masih dirahsiakan.

  • 9. The Nun

    • Bahasa: Inggeris 
      Genre: Seram / Misteri
      Tarikh Tayangan: 12 Julai 2018
      Format: 2D
      Pelakon: Taissa Farmiga, Demian Bichir, Bonnie Aarons
      Pengarah: Corin Hardy
      Sinopsis: Filem ini adalah merupakan spin off kepada filem The Conjuring 2. 

  • 10. Tomb Raider

    • Bahasa: Inggeris
      Genre: Aksi
      Tarikh Tayangan: 15 Mac 2018
      Format: 2D
      Pelakon: Alicia Vikander, Walter Goggins, Daniel Wu, Dominic West, Hannah John-Kamen
      Pengarah: Roar Uthaug
      Sinopsis: Filem ini menceritakan tentang ekspedisi pertama Lara Croft, di mana dia pergi untuk menyelesaikan penyelidikan ayahnya dan mendedahkan rahsia kuno yang mampu membersihkan namanya.

  • 11. The Incredibles 2

    • Bahasa: Inggeris
      Genre: Aksi / Animasi
      Tarikh Tayangan: 14 Jun 2018
      Format: 2D
      Pelakon: Holly Hunter, Samuel L. Jackson
      Pengarah: Brad Bird
      Sinopsis: Filem ini masih menceritakan mengenai sebuah keluarga yang mempunyai super power. Mereka dipaksa untuk menyembunyikan kekuatan yang mereka miliki dan hidup sebagai manusia normal. Dalam masa yang sama mereka terpaksa menyelamatkan dunia dari kuasa jahat.

  • 12. Wheely

    • Bahasa: Malaysia
      Genre: Aksi komedi
      Tarikh Tayangan: Mac 2018
      Format: 3D
      Pelakon: Belum diketahui
      Pengarah: Dato’ Norman Abdul Halim
      Sinopsis: Ianya mengisahkan watak “Wheely” sebagai teksi yang dipandang rendah oleh komunitinya terpaksa berdepan dengan sindiket jenayah yang menculik kenderaan-kenderaan mewah iaitu kenderaan import yang menjadi golongan elit di bandaraya tersebut.

  • 13. Polis Evo 2

    • Bahasa: Malaysia
      Genre: Aksi
      Tarikh Tayangan:
      Format: 2D
      Pelakon: Zizan Razak, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Raline Shah, Erra fazira
      Pengarah: Joel Soh
      Sinopsis: Kesinambungan kepada Polis Evo yang pertama.

      Sumber: rafzantotomi, Cinema Online

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Lagi menarik di SAYS:

Leave a comment