seismik

[GALERI] 6 Hospital Moden Di Malaysia Yang Sekali Pandang Tak Macam Hospital Langsung!

Ini hospital ke hotel?

Cover image via www.realproperty.my

1. Gleneagles Kuala Lumpur

Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, Gleneagles Kuala Lumpur adalah pusat perubatan lengkap yang terdiri daripada 330 buah katil. Hospital ini mempunyai 110 suite pakar perundingan, sebuah auditorium 180 tempat duduk di tingkat atas dengan retail pharmacy, bank dan tempat letak kereta di tingkat bawah.

Image via www.expatgo.com
Image via www.mydoc.asia
Image via www.mydoc.asia

2. Hospital Pantai Kuala Lumpur

Hospital ini ditubuhkan pada tahun 1974 dalam kawasan kediaman di Bangsar. Ia merupakan hospital swasta kedua di Malaysia yang dianugerahkan Akreditasi Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI) untuk penggal kedua berturut-turut.

Dilengkapi dengan 331 katil dan sepasukan 200 perunding perubatan yang berkelayakan, pusat perubatan ini terkenal dengan perubatan kanser, jantung, tangan dan pembedahan mikro dan tulang belakang.

Kamar Suite

Image via therecounter.wordpress.com

3. Prince Court Medical Centre

Prince Court Medical Centre adalah sebuah hospital resort style. Ia juga dinobatkan sebagai hospital terbaik di dunia untuk pelancong perubatan pada tahun 2013 dan 2014 menurut Medical Travel Quality Alliance. Hospital ini mempunyai prasarana yang lengkap dengan kemudahan 277 katil bertaraf dunia, perkhidmatan pelanggan yang cemerlang sekaligus membawa kepada piawaian peringkat antarabangsa.

Image via www.stuff.co.nz

4. Parkcity Medical Centre

Dibuka pada Disember 2012, Parkcity Medical Centre adalah milik Sime Darby Healthcare Group, yang kini dikenali sebagai Ramsay Sime Darby Health Care Group susulan penggabungan dengan syarikat Australia Ramsay Health Care Limited.

Bukan sahaja kedudukannya di tengah-tengah persekitaran semulajadi yang subur dan permai di Bandar Manjalara Kepong, hospital ini juga mempunyai banyak kemudahan.

Ini termasuklah blok podium bertingkat untuk klinik perkhidmatan penuh pesakit luar dan perkhidmatan diagnostik, wad menara bertingkat, dewan bedah, unit penjagaan kritikal, delivery suites dan endoscopy suites.

VVIP Suite

Image via www.realproperty.my

5. Institut Jantung Negara (IJN)

Institut Jantung Negara (IJN) terletak di Jalan Tun Razak berdekatan dengan Tawakkal Specialist Hospital KPJ. Ditubuhkan pada tahun 1992, pusat penjagaan kesihatan ini khusus dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan penjagaan jantung kepada pesakit jantung. Ia menyediakan pelbagai pilihan rawatan daripada pembedahan kecil sehinggalah pembedahan utama yang memerlukan pemindahan organ.

Selain itu, hospital ini juga dilengkapi dengan kemajuan teknologi terkini yang disokong oleh pasukan perunding jantung yang berkelayakan. Institut Jantung Negara mempunyai satu pasukan kakitangan berdedikasi khas yang berkhidmat untuk pesakit asing di Pusat Pesakit Antarabangsa (IPC). Perkhidmatan di IPC termasuklah visa dan urusan imigresen, penyelarasan perubatan seperti penjadualan pelantikan dan rujukan dan bantuan dengan kemasukan ke hospital dan pelepasan .

Image via mamapumpkin.com
Image via www.ijn.com.my

6. Kuala Lumpur Sports Medical Centre (KLSMC)

Kuala Lumpur Sports Medicine Centre (KLSMC) adalah hospital swasta sehenti untuk rawatan kecederaan sukan. Perkhidmatan di sini termasuk pembedahan ortopedik, fisioterapi, pengimejan MRI dan hidroterapi.

KLSMC menggunakan teknologi moden bidang perubatan sukan dan memberi tumpuan kepakaran khusus kepada rawatan kecederaan bahu, lutut, tangan, kaki, pinggul dan tulang belakang. Pembedahan artroskopik dan penggantian lutut adalah antara pembedahan yang lazim dijalankan di sini.

Image via www.mydoc.asia

Fisioterapi

Image via www.mydoc.asia

Farmasi

Image via www.mydoc.asia

Gimansium

Image via www.mydoc.asia

Hydotherapy

Image via www.mydoc.asia

Single Executive Ward

Image via www.mydoc.asia

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bercakap mengenai hospital dan kesihatan teringat pula tentang vaksinasi. Anda sudah baca mitos mengenainya?

You may be interested in: