Menjijikkan! Segelintir Pelanggan Shell Ambil Kesempatan "Cabul" Poster Gadis Air Mineral
Apa nak jadi.
[TERKINI] Shell tarik balik semua poster Gadis Air Mineral selepas "dicabul" berleluasa
Selepas ini, tidak akan ada lagi poster Gadis Air Mineral atau Gadis Shell di mana-mana stesen minyak Shell seluruh Malaysia.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Isnin, Shell mengumumkan untuk menarik balik kesemua poster setelah mendapati segelintir masyarakat mengambil kesempatan melakukan aksi lucah ketika mengambil gambar dengan poster tersebut.
Baca kenyataan penuh di bawah:
"Kami sedar dan peka tentang imej beberapa individu yang terlibat dalam tindakan yang tidak bermoral ketika bergambar dengan poster di stesen minyak kami telah tersebar luas di media sosial.
"Kami tidak bersekongkol dengan perbuatan tidak senonoh ini, yang sama sekali tidak sejajar dengan budaya rakyat Malaysia dan nilai teras Shell. Kami menggesa pengguna internet dan orang ramai untuk tidak lagi berkongsi imej-imej ini.
"Kesemua poster akan dikeluarkan dari semua stesen minyak kami serta-merta."
3 Julai 2017: Segelintir pelanggan stesen minyak Shell melakukan aksi yang agak keterlaluan terhadap poster gadis yang sebelum ini viral dengan gelaran Gadis Air Mineral
Menurut Nor Shafila atau lebih dikenali sebagai Gadis Air Mineral, beliau mengakui berasa agak kesal dengan tindakan segelintir pelanggan yang sanggup melakukan aksi tidak bermoral serta memalukan ketika bergambar bersama posternya.
Menerusi Facebook, beliau telah memuatnaik status berkaitan isu tersebut dan telah menyatakan kesediaan beliau untuk memaafkan setiap pelanggan Shell yang melakukan perbuatan tersebut yang sudah menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.
Status yang dimuatnaik Nor Shafila mendapat perhatian serta reaksi yang positif daripada pengguna Facebook dan ramai antara mereka yang memuji tindakan gadis ini dan turut berharap agar isu seperti ini tidak berulang lagi.
Jika dilihat, terdapat beberapa aksi yang agak keterlaluan dan mendapat kecaman yang hebat daripada orang ramai