Fenomena ‘Jamal Berkemban’ Dahsyat Berleluasa Di Internet. Jamal Ada Di Mana-Mana!
Adoi macam-macam hal betul si Jamal ni. 😀
Cover image via Tentera Troll Kebangsaan Malaysia/FacebookSeperti sedia maklum, baru-baru ini satu video yang dimuat naik Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos di Facebook telah menjadi viral dan tersebar luas di seluruh laman sosial
Video yang dimuatnaik oleh beliau sendiri itu menunjukkan sebagai tanda protes ketiadaan bekalan air di rumah beliau dan beberapa kawasan lain di Selangor. Dalam video tersebut, Jamal memberitahu bahawa beliau mengalami masalah ketiadaan bekalan air yang menyebabkan beliau tidak dapat mandi pada setiap pagi.
Beliau turut menempelak dan menyalahkan **Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali** atas masalah bekalan air yang dihadapinya.
***"Gampang punya menteri besar Selangor, Azmin Ali. Mangkuk hayun betul, selalu dah macam ni,"*** kata Jamal dalam nada yang marah.
Tindakan Jamal merakam video di dalam bilik air mewah beliau itu menjadi buah mulut orang ramai. Ramai mempertikaikan tindakan tersebut namun lebih ramai berasa terhibur dengan video tersebut. Ia seakan-akan menjadi hiburan di laman Facebook pada ketika itu.
Image via Jamal Yunos/Facebook
Image via Jamal Yunos/Facebook
Image via Jamal Yunos/Facebook
Bagaimanapun, Jamal telah kantoi menipu. Beliau sepatutnya tidak perlu bersusah payah mengumpul air kerana bilik air beliau sangat mewah dan sepatutnya mempunyai tangki simpanan air. Baca penjelasan seperti di bawah:
Image via Wan Blurb II/Facebook
Tidak cukup dengan rakaman video, Jamal akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke bangunan SUK Negeri Selangor. Beliau kelihatan berkemban sambil memegang gayung dan berus gigi di telinga, dengan harapan besar ingin mandi di sana.
Image via Mohd Azli Jaffar/Facebook
Image via Mohd Azli Jaffar/Facebook
Image via Kay Azlee/Facebook
Malangnya hasrat Jamal untuk mandi di SUK Negeri Selangor tidak dapat dipenuhi. Beliau telah ditemuramah oleh wartawan ketika berada di sana dan menjadi tumpuan orang ramai akibat penampilan beliau ketika itu.
Sebaik sahaja gambar tersebut tersebar luas di media sosial, orang ramai mula troll gambar Jamal. Biasalah masyarakat kita kalau bab-bab macam ni memang kreatif! Lihat gambar-gambar di bawah:
1. Bro, nak join lu orang boleh?
2. Siap ada buku mandi hadas lagi. Kat mana jual ni?
3. Terus jadi model produk berus gigi. Laku teruk ni.
4. Bila dah terkenal apa lagi? Wartawan dan Geng Baju Merah pun berlumbalah nak bergambar.
5. Tok tolong tok!
Image via Oh! Media
6. Min!! Dah jumpa air Min?
Image via Angah Abu Hassan/Facebook
7. Terus jadi geng Avengers. Hebat!
Image via Mohamad Afix/Facebook

