seismik

Langsung Tak Pakai CGI Dan 4 Fakta "Wajib Tahu" Tentang Lagu 'Gerua' Dari Filem Dilwale

Macam tak percaya klip video lagu 'Gerua' langsung tak pakai skrin hijau.

Cover image via Sony Music India/YouTube

Dah tengok cerita 'Dilwale' yang meletup-letup ni ke belum?

Image via songs3.com

Kalau belum tengok jangan risau. Kami janji takkan dedahkan spoilers.

Dalam artikel ni kami nak cerita sikit tentang klip video lagu 'Gerua' yang seriously cun-melecun dan terlalu memukau mata memandang. Boleh nangis beb!

Image via tumblr.com

Mana taknya, lihat saja pada 3 gifs kat bawah ni. Kalau anda tak terpesona kami tak tahulah nak cakap apa. Video clip lagu 'Gerua' ni memang tersangat WOW!

Lagu 'Gerua' diterbitkan pada 18 November 2015 di YouTube dan sejak itu telah berjaya mencairkan hati sanubari serta jiwa raga manusia di planet Bumi. Kalau nak cair boleh tengok SINI:

Cair kan?

Image via tumblr.com

Tapi bila dah cun sangat, kritikan pun muncul. Ada orang cakap klip video ni terlalu heavy dengan graphic editing dan terlalu banyak pakai skrin hijau sampai jadi tak realistik.

Persoalannya, betul ke pihak produksi video clip 'Gerua' ni pakai skrin hijau dan terlalu banyak buat graphic editing?

Jawapannya TIDAK!

Klip video 'Gerua' ni langsung tak ada pakai skrin hijau atau apa-apa grafik. Semua scenes dalam klip video dirakam sendiri menggunakan kamera, dan drone. Kesemuanya real dan tak ada satu pun scene yang dibuat dalam studio.

'Gerua' dirakam di beberapa lokasi menakjubkan di kepulauan Iceland.

Selain dirakam di Iceland, ini beberapa fakta menarik yang anda kena tahu tentang klip video 'Gerua' mengikut scene tertentu:

1. The iceberg scene

Anda tahu tak Kajol dan Shah Rukh Khan cuba sedaya upaya menahan sejuk dan act cool masa scene ni?

"Kulit kami menjadi hitam dan biru semasa penggambaran scene ini akibat kesejukan. Dan kami memang terus bertukar kepada biru selepas itu. Habis saja rakaman, kami ditutup dengan lebih daripada tiga selimut, jaket, dan macam-macam lagi. Waktu itu memang terlampau sejuk," kata Kajol.

2. The aircraft scene

Pakaian hitam dan oren Kajol dalam scene pesawat ini merupakan salah satu wow factor untuk lagu ini.

Shah Rukh Khan menceritakan kisah di sebalik pesawat itu terkandas.

"Lama dahulu, kapal terbang ini terpaksa membuat pendaratan kecemasan berhampiran laut. Tak ada seorang pun yang mati atau cedera. Mujur pendaratan itu selamat dan kapten pesawat dipuji atas kecekapannya. Sejak daripada itu, pesawat ini tidak bergerak dan dah jadi macam muzium," kata Shah Rukh Khan.

3. The waterfall scene

Kalau untuk scene ni pula, Kajol, Shah Rukh Khan dan seluruh krew produksi terpaksa panjat bukit sampai menggeletar kaki. Selain itu, kaki mereka berdua juga terpaksa diikat dengan tali atas faktor keselamatan.

Shah Rukh Khan berkata, "Kaki kami sebenarnya diikat dalam scene ini. Kaki kami disematkan dengan tali supaya mendapat cengkaman dan mampu untuk melakukan pergerakan di atas bukit. Saya rasa itu sangat mencabar. Walaupun terdapat beberapa isu, segala langkah keselamatan telah diambil."

4. The shallow water scene

Ya, memang ada shallow lake di Iceland, satu tempat yang sungguh ajaib.

"Rohit (pengarah) bersama-sama pasukannya telah menggunakan drone untuk merakamkan scene ini kerana kami perlu pergi jauh dari orang ramai supaya hanya ada kami berdua saja dalam scene. Perkara sama juga dilakukan ketika penggambaran di iceberg di mana hanya kami dan bongkah ais saja yang dapat dilihat. Apa-apa pun, pengalaman merakamkan lagu ini cukup tidak ternilai," ujar Shah Rukh Khan.

Ok dah. Tak nak tulis panjang lebar sebab ada banyak lagi benda best yang anda kena tahu pasal klip video 'Gerua'. Nah, tengok video ni:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda tahu tak Kajol pernah datang Malaysia?

You may be interested in: