seismik

Giliran Safiq Rahim Diserang, Keretanya Dipecahkan & Diketuk Dengan Tukul Besi

Semoga baik-baik saja buat Safiq Rahim.

Cover image via @sportsrevobysafiqrahim (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas gempar dengan insiden jenayah menimpa dua tonggak negara, seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan dilaporkan diserang individu tidak dikenali pada malam tadi (Selasa)

Menurut sumber, pemain bola sepak bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim, telah didatangi dua lelaki tidak dikenali menaiki motosikal selepas mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru, Johor, kira-kira jam 10 malam.

Difahamkan semasa kejadian, kereta Honda City dipandu Safiq dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.

"Pembonceng motosikal itu kemudian mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk cermin bahagian belakang kereta dipandu Safiq menyebabkan dia memberhentikan kenderaan.

"Dua lelaki terbabit kemudian yang berhenti menunjukkan tukul sebelum Safiq mengundurkan keretanya dan beredar dari lokasi kejadian," katanya.

Tambahnya, kejadian itu menyebabkan cermin bahagian belakang kereta pemain bola sepak kebangsaan terbabit pecah.

Laporan polis telah pun dibuat Safiq di Balai Polis Larkin kira-kira jam 11 malam tadi.

JDT tingkatkan keselamatan para pemain

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam satu kenyataan di Facebook berkata selepas insiden yang menimpa Safiq Rahim di Pusat Latihan JDT malam tadi, mereka kini lebih meningkatkan keselamatan para pemain.

"Insiden itu, bersama dengan serangan ke atas Akhyar Rashid dan Faisal Halim baru-baru ini, tidak mempunyai tempat dalam dunia bola sepak. Disebabkan kes-kes terkini, JDT telah meningkatkan lagi keselamatan para pemain kami sebagai langkah berjaga-jaga.

"Kami juga telah menasihatkan para pemain kami untuk berhati-hati dengan persekitaran dan hantaran-hantaran mereka pada media sosial pada setiap masa," tulis mereka di Facebook.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, dan pihak polis sedang mengesan suspek terlibat.

Lihat kenyataan penuh itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: