seismik

BJAK Beri Penjelasan Isu Perkhidmatan Pembaharuan Cukai Jalan Tidak Diluluskan JPJ

Perkhidmatan pembaharuan cukai jalan BJAK kini ditawarkan secara percuma, sebagai sebahagian inisiatif untuk pembaharuan yang lebih mudah.

Cover image via Harapan Daily & Free Malaysia Today

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

BJAK Sdn Bhd (BJAK) berkata, mereka sedang bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyelesaikan isu perkhidmatan pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai yang tidak diluluskan agensi penguatkuasaan itu

Dalam satu kenyataan di Facebook, syarikat itu berkata, mereka menawarkan perkhidmatan itu secara pilihan percuma dan ia adalah sebahagian daripada inisiatif swasta yang bertujuan untuk meningkatkan nilai pelanggan dan tidak bergabung dengan mana-mana agensi berkaitan kerajaan.

Tambah mereka, BJAK juga kekal komited untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif dan perkhidmatan yang cemerlang, melalui standard pematuhan tertinggi.

Sementara itu, BJAK memberitahu, urus niaga akan beroperasi seperti biasa walaupun JPJ mengesahkan perkhidmatan itu tidak diluluskan.

Dalam satu laporan, BJAK juga memberitahu ia adalah perkhidmatan pilihan untuk pelanggannya, dengan perkhidmatan utama BJAK adalah perbandingan dan pembaharuan insurans kereta, serta perkhidmatan VIP khas untuk pelanggannya.

"Untuk urus niaga pembaharuan itu, BJAK turut menawarkan pilihan secara percuma untuk semua pelanggan, berbeza dengan platform lain yang biasanya mengenakan bayaran antara RM3 hingga RM11 untuk perkhidmatan berkenaan.

"Perkhidmatan pembaharuan cukai jalan BJAK kini ditawarkan secara percuma, sebagai sebahagian inisiatif untuk pembaharuan yang lebih mudah dan menjimatkan kos untuk pelanggannya," katanya.

Sebelum ini, JPJ dalam satu kenyataannya berkata, tindakan BJAK menguar-uarkan iklan syarikat itu melalui laman sesawang bjak.my dan media sosial adalah tidak benar.

Menurutnya, JPJ memandang serius tindakan BJAK yang menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai.

Katanya, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah memberikan kelulusan kepada BJAK untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: