Anak Muda Semua, Ini Dia Manifesto Dan Taburan Janji Dari BN & PH Untuk Anda Pada PRU14

Apa pendapat anda tentang kedua-dua manifesto ini?

  • Cover image via SAYS
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan manifesto Barisan Nasional (BN) di Axiata Arena pada hari Sabtu, 7 April 2018

    • Kira-kira 40,000 penyokong BN di dalam dan di luar Axiata Arena di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bersorak selepas Najib membuat pengumuman tersebut.

      Dengan Laungan 'Bersama BN, Hebatkan Negaraku' (With BN For A Greater Malaysia), manifesto pilihan raya ini mempunyai kira-kira 220 halaman termasuk 364 ikrar yang telah dibahagikan kepada 14 teras.

    • Manifesto tersebut telah dilancarkan kira-kira sebulan selepas pakatan pembangkang Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan manifesto mereka yang bertemakan 'Buku Harapan'.

  • Tidak dapat dinafikan, manifesto PRU14 kali ini perlu melebihkan golongan belia untuk meraih undi kerana mereka merupakan kelompok pengundi paling penting

    • Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Bernama, hampir 5 juta pengundi muda akan mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-14 seperti yang dinyatakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

      Pengundi kali pertama terdiri daripada 34 peratus daripada jumlah pengundi di Malaysia. Walaupun Barisan Nasional dan Pakatan Harapan mendapat pilihan pengundi berpengalaman negara, mereka masih belum dapat mengetahui parti mana yang akan meraih undi terbanyak.

      Pengundi kali ini juga merupakan sebahagian yang akan memainkan peranan penting dalam menentukan pemenang PRU14 akan datang.

  • Ingin tahu apa yang telah dijanjikan oleh Barisan Nasional dan Pakatan Harapan untuk lima juta pengundi golongan belia di Malaysia?

    Baca di bawah:

  • 1. Peluang pekerjaan

    • Barisan Nasional:

      • Menyediakan untuk belia di bawah umur 30 tahun, pekerjaan atau latihan yang berkaitan untuk digunakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
      • Mewujudkan 3 juta peluang pekerjaan menerusi pelbagai inisiatif termasuk Bootcamp TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional).
      • Untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah yang menganggur menerusi program 'Perintis Malaysia' dalam lima industri perintis.

    • Pakatan Harapan:

      • Mewujudkan 1 juta pekerjaan dengan gaji bulanan sekurang-kurangnya RM2,500 dalam lima tahun pertama pentadbiran PH.
      • 200,000 daripada 1 juta pekerjaan akan diperuntukkan ke Sabah dan Sarawak.
      • Syarikat akan dibayar untuk menjalankan latihan di tempat kerja untuk semua pelajar TVET.

  • 2. Pendidikan

    • Barisan Nasional:

      • Menubuhkan saiz kelas yang sesuai, mengurangkan beban kerja pentadbiran guru, dan menyediakan peralatan pengajaran yang lebih baik.
      • Meningkatkan kecekapan bahasa Inggeris di sekolah melalui Program Bahasa Dual (PBD), Program Penyerapan Tinggi dan pengenalan sekolah menengah Inggeris di Sabah dan Sarawak sebagai projek perintis.
      • Mengurangkan kos pengangkutan, perkhidmatan kerajaan dan keperluan yang berkaitan dengan pendidikan dan memperkenalkan kad diskaun pelajar khas.

    • Pakatan Harapan:

      • Membenarkan peminjam PTPTN menangguhkan bayaran balik jika mereka mendapat kurang daripada RM4,000 sebulan.
      • Menjamin pendidikan awam yang percuma dan lebih baik untuk setiap peringkat dari pra-sekolah ke universiti.
      • Memberi elaun sara hidup kepada pelajar untuk keluarga yang berpendapatan rendah dan diterima masuk ke universiti awam.

  • 3. Rumah mampu milik

    • Barisan Nasional:

      • Menubuhkan bank yang didedikasikan untuk memudahkan pinjaman rumah berharga RM300,000 dan ke bawah.
      • Meningkatkan bilangan Rumah Transit Belia 1Malaysia.
      • Menamatkan dasar diskaun Bumiputera untuk hartanah berharga RM1 juta dan ke atas.

    • Pakatan Harapan:

      • Membina 1 juta rumah mampu milik di seluruh Malaysia dalam tempoh dua penggal kerajaan PH.
      • Mengambil alih kos penyelenggaraan di kawasan perumahan kos rendah demi mengurangkan beban penduduk.
      • Mewujudkan skim pinjaman perumahan khusus untuk belia yang ingin membeli harta pertama.

  • 4. Akses kepada kemudahan sukan dan rekreasi

    • Barisan Nasional:

      • Menyediakan kelas seni dan program sukan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang tinggal di kawasan perumahan kerajaan.
      • Membina lebih banyak taman saku di bandar-bandar di seluruh negara, dan mengubah laman-laman yang terbengkalai serta bangunan usang untuk dijadikan ruang rekreasi komuniti.
      • Menaik taraf kemudahan di semua Kompleks Belia dan Sukan serta semua kompleks sukan mini.

    • Pakatan Harapan:

      • Membina lorong basikal di bandar-bandar di seluruh negara.
      • Membina litar perlumbaan di kawasan tertentu untuk belia yang berminat untuk bersaing dengan selamat.
      • Membina stadium untuk E-sports dengan infrastruktur lengkap untuk belia yang berpotensi di kawasan tersebut.

  • Adakah kedua-dua manifesto ini menyebelahi golongan belia di Malaysia?

    Suarakan pendapat anda di ruangan komen!

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Baca lagi artikel mengenai PRU14 DI BAWAH:

Most-read stories today

Leave a comment