Murid Tahun 2 Tunggu Bapa Jemput Sampai Pukul 1 Pagi Di Sekolah. Mana Pergi Bapanya?

Sedang kita bergembira, ada insan lain yang sedang berduka.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS

Luluh hati kami apabila membaca kisah ini. Seorang pelajar tahun 2 dikatakan menunggu bapanya sehingga pukul 1 pagi di sekolah untuk menjemputnya pulang ke rumah. Namun, bapanya itu langsung tak muncul.

Cerita ini dikongsi oleh gurunya iaitu **Cikgu Zahran** di laman Facebook apabila guru itu terpaksa menghantar anak tersebut pulang ke rumah setelah dia tidak dijemput oleh bapanya di sekolah sehingga jam 1 pagi

Gambar Hajar yang tertidur di pondok pengawal ketika menunggu bapanya menjemputnya

Image via Cikgu Zahran/Facebook

Menurut cikgu Zahran, prestasi Hajar sangat merudum malah kanak-kanak tersebut juga dikatakan seorang yang berkeras hati dan tidak peduli pada sesiapa sekalipun

Cikgu Zahran cuba menghubungi bapa Hajar berkali-kali, tetapi panggilan tersebut tidak dijawab. Setelah itu, beliau ambil keputusan untuk hubungi polis. Tapi kenapa mesti hubungi polis?

Cikgu Zahran kemudian pulang ke rumah. Beliau menatap wajah anaknya, Aeesya yang sebaya Hajar sedang tidur nyenyak dan mula terbayang wajah Hajar sewaktu Hajar di pondok pengawal sekolah. Hatinya sebak lalu air matanya mula menitis.

Hajar yang sedang menunggu bapanya sambil memandang kepekatan malam

Image via Cikgu Zahran/Facebook

Cerita itu dikongsi oleh cikgu Zahran 2 hari lepas melalui akaun Facebook miliknya. Hari ini, ada update terbaru mengenai kisah bapa Hajar pula. Macam mana bapanya tergamak tinggalkan Hajar di sekolah sehingga pukul 1 pagi?

Motor polis yang menghantar Hajar ke rumah

Image via Cikgu Zahran/Facebook

Setelah bertekad untuk mengetahui perkara sebenar, cikgu Zahran pergi ke rumah Hajar untuk berjumpa sendiri bapa kanak-kanak itu. Dan apa yang beliau ketahui selepas itu amat memeranjatkannya

Ketika guru itu tiba di rumah Hajar, Hajar dikatakan berada di surau. Menurut bapanya, dia terpaksa menyuruh Hajar berdikari setelah mereka ditinggalkan ibu Hajar sejak dia berumur 3 tahun lagi.

Rumah Hajar dan bapanya disebalik kegelapan malam dipinggir ibukota.

Image via Cikgu Zahran/Facebook

Tambah cikgu Zahran lagi, beliau yakin Allah menghantar dirinya untuk membantu anak itu. Terpulanglah kepada masyarakat untuk menilai usaha yang telah dilakukannya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sama-sama kita doakan supaya Hajar tumbuh menjadi seorang yang berjaya kelak. Semoga bakal ada hari yang cerah buat dirinya.

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Juga di SAYS:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: