Netizen Tanya, “Hantaran Dr Mesti Tinggi Kan?“. Lihat Respon Paling ‘Win’ Dari Dr Amalina

Memang pedas habis respon Dr. Preach!

  • Bila bercakap tentang isu perkahwinan, rata-rata menganggap hantaran yang tinggi adalah sangat penting untuk menentukan 'harga' atau 'nilai' wanita yang dikahwini

    • Namun, apa yang paling penting dalam perkahwinan bukan berdasarkan berapa nilai wang hantaran, tetapi kesetiaan dan kebahagiaan sebenarnya yang dicari.

      Bagaimana pula hantaran bagi seorang wanita yang bergelar doktor seperti Dr Amalina Bakri? Ada yang menganggap hantaran untuk mengahwini Dr Amalina pastinya melambung tinggi melihatkan pada pakej beliau yang serba lengkap sehingga dipersoal oleh netizen di Twitter.

      Nak tahu apa respon Dr Amalina? Baca di bawah:

  • Dr Amalina juga telah membalas tweet tersebut dengan penjelasan yang sangat bermakna buat semua wanita di luar sana iaitu ‘Women is not an object’

    • Dr Amalina sangat lantang dalam bersuara sambil menyifatkan seorang wanita tidak seharusnya dilayan seperti objek mengenai wang hantaran yang tinggi ataupun sederhana.

      Tidak bermakna jika wang hantaran lebih rendah, nilai wanita itu juga sama seperti nilai tersebut.

  • Ada pula seorang lagi netizen yang tidak berpuas hati dengan jawapan Amalina, lalu membalasnya dengan tweet berbaur cabaran

    • “Kadang-kadang lebih senang mengeluarkan kenyataan daripada melakukan perkara itu sendiri. Jangan cari pasal dengan Internet,” tulis netizen berkenaan.

  • Dr Amalina yang terkenal dengan sifat tegasnya membalas dengan berkata beliau akan berkahwin apabila sudah bersedia

    • Baginya, duit hantaran tidak memberi apa-apa makna. Beliau juga mengingatkan kepada orang ramai bahawa beliau mampu untuk bayar untuk diri sendiri dan pasangan hidupnya juga mampu melakukan perkara yang sama.

      Dia berkata lagi, lelaki seharusnya lebih gembira jika dijodohkan dengan seorang isteri yang pandai berdikari dalam mencari duit sendiri walaupun ada suami.

  • Seharusnya bergembira jika dapat seorang isteri yang pandai berdikari dalam mencari duit dengan sendiri walaupun ada suami

    • Menurut Dr lagi, jika pasangan tersebut telah membuat keputusan untuk mengadakan majlis perkahwinan secar besar-besaran dan akan menggunakan kos yang tinggi, kedua-dua belah pihak seharusnya menyumbang dari segi kewangan dan sebagainya.

      Ujarnya lagi, jika seorang lelaki dapat memperisterikan seorang wanita yang pandai berdikari dan mencari rezeki untuk keluarga, bukankah itu sesuatu perkara yang perlu dibanggakan?

  • Memang salute lah Dr Amalina!

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Yang mana nak kahwin tu dah bersedia ke?

Most-read stories today

Leave a comment