'Duit Hantaran Tu Bukan Lelaki Saja Perlu Fikir' - Pesanan Buat Gadis Yang Mahu Kahwin

"Yakin pada diri anda dan yakin pada ketentuan Allah. InsyaAllah, semuanya berjalan lancar." - Cik Lyeen

  • Bila bercakap soal kahwin, pastinya macam-macam benda akan bermain di fikiran. Yelah, orang kata kahwin ni kalau boleh nak sekali saja seumur hidup, jadi mestilah nak pastikan ia adalah yang terbaik, kan?

    • Tetapi untuk menjadikan ia yang terbaik, kedua-dua belah pihak, sama ada pihak lelaki atau pun pihak perempuan perlulah bertolak-ansur dalam segala hal. Pastikan kedua-dua pihak bersama-sama merancang hari bahagia mereka itu nanti dan sama-sama cari duit.

      Tidak perlu berbelanja besar dan melampau untuk majlis perkahwinan anda itu nanti. Cukuplah sederhana tetapi meriah dan diingati.

      says.com

  • Jadi buat mereka yang hendak berkahwin di luar sana, ini dia sedikit coretan oleh Cik Lyeen di Facebook yang boleh anda ambil kira sebelum berumahtangga:

    • "Hantaran tu, bagi pihak lelaki saja yang fikir. Itu tanggungjawab lelaki."

      Mula-mula dulu saya terpengaruh dengan statement macam ni. Bagi saya, 'eh kau nak aku, kau usahalah kumpul duit!'. Sebab saya fikir nak kahwin mudah. Duduk atas pelamin, tengok orang makan, senyum sana sini depan kamera dan salam tetamu yang datang. Cukup!
      (Karangan sangat panjang. Teruskan membaca kalau nak kahwin cepat )

      Setahun kenal suami saya dan saat tu saya belajar lagi di tahun akhir. Dalam tempoh setahun tu saya niat macam-macam. Nak pelamin itu ini. Baju itu ini. Katering itu ini. Doorgift pompompom. Semua saya bagitahu suami. Suami iyakan saja.

      Saya selalu tanya, 'abang dah kumpul duit?'. Dia angguk sambil senyum. Lepastu dia belanja makan. Bahagia sangat kan? Asyik makan kena belanja. Saya bahagia buat angan macam-macam untuk majlis perkahwinan saya nanti. Seumur hidup sekali kot!

      Dan, masuk tahun kedua. Saya kerja. Dapat duit gaji sendiri. Dapat pegang hasil titik peluh sendiri. Sebulan penat kerja. Satu hari saya terfikir, penatnya kerja. Dapat duit gaji bayar itu ini ( saat ni saya dah ada komitmen nak kirim duit dekat family, bayar rumah, bayar bil internet, bil api air dan beli keperluan sendiri).

      Saya terfikir pasal suami. Dia kerja macam saya. Saya pergi pagi balik tengahari. Dia balik petang (office hour). Komitmen sama. Dia ada rumah. Ada family. Sama seperti saya. Bahkan, dia ada komitmen lain nak bayar kereta dan kumpul duit sebab nak kahwin dengan saya.

      Tiba-tiba,saya rasa kejam sangat sebab saya bebankan dia nak fikir tentang saya. Sedangkan yang nak nikah, saya dan dia. Kenapa perlu saya bebankan dia seorang? Bukankah perkahwinan itu perjuangan dua insan. Kenapa di permulaan perjuangan hanya dia berjuang? Saya sedar dan semakin sedar.

      facebook.com
  • Masuk tahun kedua mereka berkawan. Suaminya telah masuk meminang dan ibu bapanya meminta wang hantaran yang agak tinggi daripada pihak lelaki. Tetapi Cik Lyeen cuba berbincang dengan ibu bapanya untuk menurunkan sedikit wang hantaran tersebut.

    • Dah masuk tahun kedua kami kenal. Dia masuk meminang. Mula-mula, parents saya minta XXK Tapi, saya bincang baik-baik dengan parents nak kurangkan XXK sahaja. Alhamdullilah mereka faham.

      Masa tu ramai juga yang cakap belakang-belakang. "
      k saja? Tu bukan tahap kau" "Sekarang semua mahal, tak akan cukup!" "Sedangkan aku kahwin dulu lebih dari kau". Saya senyum. Dalam hati sabar. Orang yang tak bersyukur akan sentisa dirinya tidak cukup.
      Saya bertunang bulan 7. Plan nikah dan sanding bulan 12. Sepanjang 5 bulan saya urus majlis saya semuanya atas talian. Katering. Andaman. Photographer. Doorgift. Dewan. Meja kerusi. Saat tu saya rasa 'duit adalah segalanya, tiada duit tiada semuanya'. Tapi, saya usaha untuk cari katering terbaik, andaman terbaik, photographer terbaik dan semuanya untuk pastikan majlis saya TERBAIK.

      Saya doa banyak-banyak agar semua urusan saya dimudahkan. Syukur, sebulan sebelum majlis saya semuanya selesai. Saya pernah kata dekat suami. " Abang, perkahwinan ni antara kita dua. Abang dan Lyeen. Hubungan kita insyallah akan sampai hujung nyawa. Lyeen takmau abang susah sendiri. Kita susah sama-sama. Kita senang sama-sama. Macam ola bola ". Sejujurnya, perkahwinan kami simple but nice. Saya tak nak susahkan suami dengan jumlah hantaran tinggi-tinggi.

      Sepanjang tempoh bertunang saya tak desak dia bayar macam-macam untuk majlis. Sebab saya tahu bukan mudah nak kumpul duit banyak-banyak. Serius! Saya pun tak sibuk-sibuk nak buat itu ini. Saya serahkan semua tema majlis pada mak andam, katering saya hanya pilih menu dan photographer saya serahkan pada dia untuk cipta memori perkahwinan saya. Then, saya rileks sebulan sebelum nikah tu. Tapi saya siapkan diri saya dengan skill belajar masak dengan mak. Saya banyak baca 'tanggungjawab menjadi isteri'. Saya banyak tanya dengan kawan-kawan macamana nak urus rumahtangga supaya sentiasa baik. Saya google 'cara menjadi isteri yang taat', 'perkara yang mendatangkan dosa buat isteri'. Macam-macam. Kata orang, nak kahwin bukan setakat majlis meriah. Tapi ilmu didada juga perlu meriah.

      facebook.com
  • Setelah semua diuruskan secara atas talian, akhirnya hari yang dinanti-nanti telah tiba. Hatinya berdebar-debar, jantungnya 'dupdapdupdap'.

    • 11.12.2016, pagi saya bangun saya doa banyak-banyak supaya semuanya lancar. Ya la, semua urusan majlis saya, saya uruskan atas talian. Berhubung dengan mak andam, photographer dan katering semuanya on whatsapp. Canggih . Ok sambung, Mak andam datang dan make upkan saya. Saya dupdapdupdap tapi cuba untuk tenang. Pukul 10.00 saya sah jadi isteri dengan sekali lafaz. Syukur.

      Saya datang dewan. Ya Allah, rasa nak sujud syukur masa tu. Ramai orang. Pelamin cantik. Dewan cantik. Katering dah siap dengan lauk dan pelayan. Paling membahagiakan saya, mak abah saya berdiri depan pintu gerbang pakai baju cantik-cantik untuk sambut menantu mereka. Bahagia!

      Kesimpulannya, saya nak cerita tentang wang hantaran melambung-lambung logik atau tidak? Sebenarnya adalah PENGURUSAN dan TOLAK ANSUR. Sebagai wanita, kita kena ada sistem pengurusan kewangan terbaik. Dan juga kita kena faham bahawa tak mudah suami kita tu nak kumpul duit. Kita kena faham bakal suami. Kita nak kahwin dengan dia, dia nak jaga kita hingga hujung nyawa. Kenapa kita nak susahkan dia dengan hantaran melambung-lambung? Kesian.

      Jangan ikut sangat dengan trend. Kau ijazah hantaran kau macam ni! Silap sangat. Ukur baju di badan sendiri. Sebab selepas kahwin ada macam-macam yang perlu kita tempuh. Mulut-mulut 'puaka' yang cakap-cakap dekat belakang kita tu, tak akan tolong kita. Mereka akan terus mencipta 'longkang' dengan mulut 'puaka' mereka. Biarkan. Orang begitu tidak akan pernah berjaya bahkan terus jatuh dan jatuh tersungkur kegagalan.

      facebook.com
  • Bak kata Cik Lyeen, dalam urusan wang hantaran janganlah serahkan semuanya pada lelaki. Dan lelaki, jangan juga terlalu ambil remeh dan berikan semuanya pada wanita. Kedua-dua pihak perlu bersama-sama berusah mencari jalan.

    • "Parents aku yang nak hantaran macam tu. Aku ikutkan aja!" Awak silap! Awak boleh bincang dengan keluarga, itu hidup awak. Awak yang tentukan. Sebab,selepas kahwin hanya awak dan suami sahaja. No more orang lain. So jaga!

      "Semua barang mahal la wei!" Mahal tak mahal. Murah tak murah. Sebelum majlis, servay harga. Tempah awal. Cari yang kos minima. Sekali lagi saya tekankan, pengurusan. Bincang dengan mak andam, katering, photographer dan lain-lain pihak yang anda rasa patut.

      "Tak best la tak da itu ini. Aku kahwin sekali ja!" Ya, betul. Sebab kau kahwin sekali la, awak kena tunjuk dekat keluarga baharu awak tu, yang awak bukan seorang yang suka membazir! Buktikan pada keluarga baharu awak yang awak adalah yang terbaik dalam pengurusan sistem. Sistem apa? Sistem kewangan! Buktikan yang kita sebagai wanita boleh bantu suami kita bukannya bebankan suami kita!

      "Dia lelaki, hadaplah! Kata sayang, carilah duit. Penat mak bapa jaga taw!" Sekali lagi awak betul! Tapi, satu awak kena ingat, suami kita juga akan jaga kita sampai hujung nyawa kita. Insyallah. Ingat senang ke mak bapa suami tu nak bagi anak lelaki mereka kahwin? Sedih taw. Saya sendiri lihat wajah keluarga mertua saya sedih bila akad nikah dah selesai. Sebab lepas ni, segala dosa-dosa saya atas bahu dia. Dia tanggung! Itu bukti sayang sebenarnya. Dia pun ada mak bapa yang jaga dia. Kenapa perlu kita bezakan? Sewajarnya untuk kita timbang rasa dan faham. Dia kan suami awak.

      Akhirnya, dalam urusan wang hantaran janganlah serahkan semuanya pada lelaki. Dan lelaki, jangan juga terlalu ambil remeh dan berikan semuanya pada wanita. Kerjasama! Ibaratnya, anda sedang membina sebuah kapal yang besar untuk dilayarkan ke laut dalam yang jauh perjalananya. Binalah kapal itu bersama-sama kerana andai ada cacat celanya, boleh kalian perbetulkan. Bukan?

      Satu pesanan saya: Abaikan dan matikan mulut-mulut 'puaka' yang pasti akan bertebaran menghasut anda. Yakin pada diri anda dan yakin pada ketentuan Allah. InsyaAllah, semuanya berjalan lancar. Kita sedang mencari keredhaan, pastinya urusan kita dimudahkan. InsyaAllah. Segala yang baik datang dariNya dan segala kekurangan itu atas kekhilafan diri saya sendiri. Dan suka saya maklumkan, ini adalah pandangan dan pengalaman saya sendiri tidak ada motif negatif selain daripada ingin membantu bakal pengantin yang mungkin mempunyai 'kesulitan' seperti saya sebelum ini.

      Yang benar,
      Lyeen

      facebook.com
  • Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Lagi di SAYS:

Leave a comment