seismik

Hanya RM7/Jam, Anda Boleh Gunakan Fasiliti Yang Ditawarkan Di Co-Working Space Ini. Murah!

Untuk pelajar, RM5/jam sahaja. Wah, boleh pergi ni!

Cover image via Twitter @fabzunicorn

Jika anda seorang yang bekerja tidak kira tempat, masa dan sering berada di luar lebih daripada di pejabat, ruang bekerja (co-working space) iaitu DNA yang baru dibuka di Bangi ini memang sesuai untuk anda

Ruang bekerja ini memang begitu selesa dan harga yang ditawarkan juga memadai untuk pekerja mahupun pelajar yang ingin menggunakan fasiliti dan kemudahan yang begitu lengkap.

Mana tidaknya, selalunya pelajar dilihat berada di restoran atau kafe mahal untuk membuat kerja atau perbincangan bersama kumpulan. Tidak dinafikan, perkara itu serba sedikit turut mengganggu pelanggan yang datang ke restoran untuk menjamu selera.

Kini, dengan adanya ruang bekerja ini, mereka boleh membuat kerja atau melakukan perbincangan secara berkumpulan dengan lebih selesa tanpa mengganggu mana-mana pihak.

Pada 18 Mac yang lalu, anak kepada pemilik co-working space iaitu @fabzunicorn telah memuat naik satu tweet untuk mempromosikan bisnes terbaru keluarganya ini

Tweet tersebut telah menarik perhatian ramai pelajar serta pengguna Twitter yang lain dan berjaya meraih sebanyak 30 ribu retweets ketika artikel ini ditulis.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Ruang bekerja ini turut menyediakan makanan ringan (snacks), minuman dan juga WiFi secara PERCUMA

Bukan itu sahaja, kemudahan lain seperti servis untuk printing, scanning dan juga ruang sembahyang turut disediakan.

Tak perlu keluar dan lebih memudahkan kerja anda.

Jika anda ingin menggunakan ruangan di co-working space ini untuk melakukan sebarang aktiviti, kelas atau acara lain juga ditawarkan

Di bawah merupakan kelajuan WiFi di ruang bekerja ini:

Bagaimana pula dengan harga yang ditawarkan untuk pelanggan yang ingin berkunjung?

DNA menawarkan harga sempena pembukaan co-working space ini dengan hanya RM7/jam untuk harga normal. Namun, setiap pelajar yang berkunjung pula ditawarkan dengan harga yang berbeza iaitu RM5/jam.

Paling menarik, mereka juga turut menawarkan harga promosi pada bulan Mac dan April iaitu RM4/jam sahaja. Manakala jika anda ingin berada di sana sepanjang hari, harga yang dikenakan hanyalah RM25/hari.

Murah bukan?

Untuk maklumat lanjut mengenai fasiliti, kemudahan dan juga pakej lain yang ditawarkan oleh DNA Co-Working Space ini, anda boleh hubungi mereka sendiri

Facebook: D.N.A Workspace
Instagram: @d.n.a_workspace
Alamat: 8-23-03 (tingkat 2), Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
Waktu operasi: 11 am - 11 pm pada hari Isnin hingga Sabtu. Ahad akan dibuka di atas permintaan.
Telefon: +60122016541 & +60122284468

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: