seismik

"Meatballs IKEA Di Penang Ada Bahan Khinzir" - Pihak IKEA Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Gambar tersebut telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.

Cover image via Twitter @tengkuaidilzaim

Pembukaan cawangan IKEA yang keempat di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 14 Mac telah menarik ribuan rakyat Malaysia dari Utara untuk berkunjung ke sana

Buat kali pertamanya, rakyat Malaysia di Utara telah berjalan melalui ruang membeli-belah seluas 470,146 kaki persegi yang dibina itu.

Para pelanggan yang berkunjung juga kelihatan gembira dan sangat teruja dengan pembukaan cawangan IKEA terbaru ini.

"Ia adalah satu perasaan yang tidak dapat dijelaskan untuk mengalu-alukan pelanggan tercinta kami ke rumah baru (IKEA) kami di sini di Batu Kawan. Kami telah bersiap sedia untuk saat yang sangat luar biasa ini"
Pathmalingam Arumugam, Pengurus Cawangan IKEA Batu Kawan

Bayangkan, sambutan yang diterima begitu menggalakkan sehingga lalu lintas menuju ke cawangan IKEA Batu Kawan dikatakan agak perlahan lebih dari beberapa kilometer

Bukan setakat itu sahaja, lebih 32,000 bebola daging dan 23,600 karipap berjaya terjual pada hari pertama pembukaan cawangan IKEA ini.

Memang hebat sambutan kali ini!

Namun begitu, satu gambar telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp tentang kebimbangan yang disuarakan oleh orang ramai mengenai produk bebola daging IKEA kononnya mengandungi bahan khinzir

Walaupun tweet di atas tidak mendapat sambutan daripada pengguna Twitter, namun gambar tersebut telah disebarkan secara meluas melalui WhatsApp group. Ada juga yang bertanyakan sama ada produk tersebut ada dijual di cawangan IKEA Batu Kawan.

Oleh itu, penjelasan mengenai isu ini telah dikeluarkan sendiri dalam satu kenyataan media oleh Pengurus Dapur IKEA Batu Kawan sendiri iaitu Muhammad Rizal Bin Sunalim.

Beliau mengatakan bahawa, "Kami ingin menangani kebimbangan yang timbul berkenaan dengan bahan-bahan bagi IKEA KOTTBULLAR (bebola daging lembu, beku, 1kg).

"Kami ingin meyakinkan rakyat Malaysia bahawa sumber bagi item makanan segar dan dimasak yang dijual di Restoran, Bistro serta Swedish Food Markets IKEA Malaysia adalah daripaa pembekal tempatan yang mempunyai sijil halal sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)."

"Premis-premis berkenaan adalah BEBAS KHINZIR sepenuhnya dan tiada bahan yang mengandungi alkohol dihidangkan atau digunakan dalam proses penyediaan makanan di IKEA"
Muhammad Rizal Sunalim, Pengurus Dapur IKEA Batu Kawan

Jika anda meragui kesahihan kenyataan di atas, boleh hubungi pihak IKEA sendiri untuk sebarang pertanyaan lanjut

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: