Seni Lukisan Anak Muda Malaysia Ini Sangat Menakjubkan Sampai Layak Masuk 9GAG. Hebat!

Tak jemu mata memandang. Kagum betul bila tengok.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Instagram @itsteme

"Melukis ni tak ke mana, lagi-lagi orang Malaysia, mana boleh pergi jauh dengan lukisan."

Maklumlah, apa yang kita boleh lihat orang di Malaysia ini selalunya lebih menitikberatkan pelajaran daripada bakat. Sebab itulah profesion seperti jurutera, doktor, atau profesor dipandang begitu tinggi kerana memerlukan ilmu dan kelulusan yang diiktiraf.

Suka atau tidak, inilah pandangan stereotaip yang kita semua ada dalam diri kita. Kelulusan dan pekerjaan dipandang terlebih dahulu daripada perkara lain. Manakala bakat pula dianggap remeh dan tidak begitu penting.

Tanggapan seperti itu sudah terlalu biasa diterima oleh seorang pelukis jalanan dari Malaysia, Teme Abdullah atau @itsteme sebelum ini.

Walaupun begitu, Teme lebih percaya kepada ganjaran melalui usaha.

Teme merupakan seorang pelajar jurusan seni bina di London yang mempunyai bakat besar dalam melukis. Hasil seni lukisannya memang amat mempesonakan. Di sini ada beberapa contoh:

Kalau dah berbakat tu, apa-apa bangunan pun mesti boleh dilukis, tak kiralah sama ada bangunan di luar negara ataupun di Malaysia. Semuanya cantik-cantik belaka!

Tapi yang kami paling kagum adalah hasil seni Teme yang menggabungkan lukisan tangannya dengan objek bangunan sebenar dalam satu gambar. Sangat kreatif dan menakjubkan!

Teme sebelum ini pernah mengakui minat dalam bidang lukisan ini hanyalah sekadar hobi dan tidak pernah menyangka ianya akan mendapat sambutan ramai

Tetapi, semakin banyak gambar yang dimuat naik, semakin ramai yang mula mengenali Teme dan pada masa yang sama mengangkat hasil seninya ke tahap yang lebih tinggi.

Nampaknya, usaha Teme selama ini membuahkan hasil. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga hasil seninya dipaparkan dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 pada Februari 2015.

Lebih hebat lagi, lukisannya turut muncul dalam laman web 9gag yang begitu popular dikalangan netizen seluruh dunia pada Jun 2015. WOW!

Image via 9gag.com

Selain melukis, Teme juga banyak menyampaikan dakwah melalui tulisan kreatifnya di www.temetemerity.blogspot.my yang sarat dengan nilai-nilai murni

Teme turut mempunyai bakat dalam bidang penulisan dan penyampaian dakwah. Kadang-kadang, Teme turut menghasilkan lukisan komik yang memaparkan unsur-unsur Islamik yang boleh dijadikan teladan. Nampak *simple* tetapi mesej yang ingin disampaikan cukup bermakna.

Dan atas usaha dan penat lelah Teme selama ini, akhirnya beliau berjaya menerbitkan sebuah buku yang berjudul 'Pelukis Jalanan'

**Maklumat lanjut mengenai Teme Abdullah:**

Instagram **[itsteme](https://www.instagram.com/itsteme/)**
Twitter **[@itsteme](https://twitter.com/itsteme)**
Blog **[www.temetemerity.blogspot.my](http://www.temetemerity.blogspot.my/)**
Facebook **[Teme](https://www.facebook.com/temetemerity/)**

**Dapatkan buku 'Pelukis Jalanan' di [www.imanpublication.com](http://www.imanpublication.com/)**

Tahniah kami ucapkan kepada Teme Abdullah. Semoga terus sukses di masa hadapan! 😉

Image via

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ramai sebenarnya orang Malaysia yang kreatif. Kita je yang tak tahu. LIHAT SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: