Ini Dia 10 Benda Yang Kita Buat Sebelum Wujudnya ‘Smartphone’. Budak Sekarang Tak Merasa!
Jom #throwback kejap!
Cover image via SAYS via InstagramCuba anda fikir sebentar, sebelum telefon pintar wujud apakah yang selalu anda lakukan untuk mengisi masa lapang? Ada banyak perbezaan ataupun tidak?
Image via GIPHY
Zaman sekarang dah banyak berubah, lagi-lagi bila teknologi semakin berkembang. Kalau teringat balik cerita lama masa dulu-dulu, rasa rindu pulak kan?
Jadi, apa kata korang *#throwback* balik semua perkara yang korang sering lakukan dalam kehidupan seharian sebelum munculnya kewujudan *smartphone* dalam hidup korang. Bila teringat balik, sedih sebab budak-budak zaman sekarang tak merasa semua ni.
1. Kalau sekarang ada instant call, dulu guna public phone ajalah
Image via GIPHY
Ingat lagi zaman dulu, setiap kali balik sekolah mesti korek poket baju ataupun dompet syiling nak cari duit untuk guna *public phone*. Yang paling tak boleh tahan bila *line* panjang!
2. SMS
Image via GIPHY
Sekarang mana ada lagi orang SMS, paling tak pun semua guna *instant messaging* (IM). Buat apa nak habis kredit hantar SMS bila korang boleh guna *Whatsapp, Snapchat, Telegram* atau pun *WeChat* kan?
3. Game boy memang awesome!
Image via GIPHY
Salah satu daripada permainan yang paling lejen zaman dulu. Siapa yang ada *game boy* ni, dia dikira paling hebat lah. Walaupun tak ada warna di *screen* seperti *smartphone* sekarang, ramai antara mereka yang masih menggilai permainan ini.
4. Ambil gambar guna kamera kodak aja
Image via GIPHY
"Gambar raya tahun lepas dah cuci ke belum?" – soalan yang sering ditanyakan bila habis je raya. Berbeza dengan soalan yang ditanya waktu dulu, kalau sekarang pasti anda akan sering dengar soalan seperti "Dah hantar ke gambar tadi? Send dekat *Whatsapp* tau!"
5. Kaset atau pun pemain CD, juga dikenali sebagai Walkman dan Discman
Image via Business Insider
Zaman sekarang ni tak payah susah-susah nak *download* lagu, sebab sekarang dah boleh pilih lagu dekat *playlist* Spotify aja. Ingat lagi waktu sekolah dulu, kalau siapa yang bawak Walkman ni masa kokurikulum memang hebat lah!
6. Berhentikan teksi tepi jalan
Image via GIPHY
Zaman dulu mana ada wujud lagi *apps* macam GrabCar atau pun Uber. Dulu-dulu semua orang buat kerja secara *manual* tau, nak dapatkan teksi pun susah!
7. Waktu petang adalah waktu paling best!
Image via GIPHY
Setiap petang, mesti ada aja alasan nak bagi dekat ibu sebab nak keluar ke padang atau pun taman permainan. Habis je sekolah agama, mesti terus lari ke padang sebab nak main *rounders*, kalau tak pun mesti guli atau gasing. Rindunya zaman dulu!
8. Kalau nak telefon kawan, kena call rumah
Ingat lagi kalau dulu nak bergayut, mesti kena sorok-sorok tarik telefon rumah masuk bilik nak *call* pakwe kan. Kalau nak call kawan pun sama, sampai jenuh nak ingat nombor telefon rumah kawan. Sebab tu lah kadang-kadang sampai ada buku khas untuk nombor telefon! Siapa ada simpan lagi telefon rumah macam ni ya?
Image via Photobucket
9. Bayar duit dengan cash terus
Image via Spoon University
Ingat lagi bila kawan-kawan pinjam duit, semua bayar pakai *cash* terus, tapi sekarang semua guna *online banking* je. Jimat masa katanya!
10. Beriadah tanpa Snapchat, Instastory dan sewaktu dengannya
Image via Womens Running
Disebabkan *smartphone*, zaman sekarang ni semua aktiviti nak tunjuk dekat orang. Kalau boleh masa tengah tidur pun nak ambik gambar jugak lah!
