Mula-Mula Diberi Barang Percuma, Akhirnya Kad Kredit Ayah Saya Dicaj RM3,988 Lepas Ditipu
"Kami tetap bertegas bahawa ayah saya telah ditipu (misled) dan mereka telah menipu ayah saya. Tiada disebut ayah saya perlu membayar atau membeli apa2 tetapi wang telah diambil."
Cover image via SAYS via Norhaliza Mohd Nor/FacebookPernah atau tidak ketika anda berjalan di dalam shopping mall, anda terserempak dengan sekumpulan individu yang sedang menjual barang atau memberi barangan percuma kepada anda?
Itulah yang terjadi kepada kedua-dua orang tua pengguna Facebook, [Norhaliza Mohd Nor](https://www.facebook.com/norhaliza/posts/10155237758753628) di sebuah *shopping mall* di Damansara, dua hari lalu.
Dia menceritakan bagaimana ibu bapanya telah ditipu sekumpulan manusia yang pada awalnya hanya memberi barang percuma kepada kedua-dua orang tuanya itu dan akhirnya berjaya menelan wang sejumlah RM3,988 melalui kad kredit bapanya.
Baca kisah penuh kejadian tersebut di bawah:
Saya mengambil gambar dokumen2 yang telah diberi kepada ayah saya sementara menunggu tuan supervisor tiba. Di sebelah saya adalah salah seorang daripada dua salesgirls di situ.
Image via Norhaliza Mohd Nor/Facebook
Tiba saja di sana, Norhaliza meminta supaya wang ayahnya dikembalikan. Bagaimanapun, supervisor kepada kumpulan tersebut tetap enggan untuk memulangkannya.
Si supervisor sedang memarahi "Bella" dan menyuruhnya supaya diam. Saya cuba dapatkan nama penuh "Bella" tapi dilarang oleh encik supervisor.
Image via Norhaliza Mohd Nor/Facebook
Supervisor dan "Bella" yang bertegas bahawa mereka telah menerangkan segalanya kepada ayah saya. Walhalnya mereka telah menipu dengan bercerita tentang yang percuma sahaja. Tidak disebut langsung tentang sebarang pembelian. Eiii… masih boleh ingat waktu ni. Saya menggigil kemarahan. Bila keluar perkataan "bullshit" daripada mulut saya, supervisor tu bukan main marah seolah2 perkataan tu a four-letter word. Grrrr!!!!
Image via Norhaliza Mohd Nor/Facebook

