"Pakcik Beritahu Mak Dah Pergi" - Calon SPM Kehilangan Ibu Pada Hari Pertama Peperiksaan

Semoga Muhammad Noh terus tabah.

  • Tidak dapat kami bayangkan perasaan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Noh Zakaria, 17, apabila kehilangan ibu tersayang pada hari pertama menduduki peperiksaan tersebut

    • Berita kejadian 12 tengahari menimpa ibunya, Maziah Alias, 50, itu diketahui Muhammad Noh, sejurus menduduki peperiksaan kertas dua Bahasa Melayu pada 4.30 petang di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman (SAMNI), Kampung Bukit Cerakah, Meru, Klang, semalam.

      Ibunya yang merupakan Guru Besar Sekolah Agama Kota Damansara 5 itu, ditemui tidak sedarkan diri ketika berehat di bilik rawatan di sekolah itu selepas keletihan dan tidak bermaya.

  • Menurut Muhammad Noh, dia sangat terkejut dengan berita pemergian ibunya itu yang dimaklumkan oleh pengetuanya

    • "Patutlah saya tidak sedap hati selepas solat Zohor tadi selain berasa degupan jantung tiba-tiba kencang, namun hanya menganggap ia perasan gementar sebelum menjawab peperiksaan.

      "Selepas habis menduduki peperiksaan itu, saya dipanggil ke bilik pengetua dan mula berdebar kerana melihat bapa saudara turut berada di situ dan meminta saya supaya bersabar," katanya seperti yang dilapor Harian Metro.

  • Dilaporkan lebih 300 ahli keluarga termasuk saudara mara dan kenalan hadir memberi penghormatan terakhir kepada arwah yang turut dikenali sebagai Ustazah Maziah

    • Allahyarham turut meninggalkan suami, Zakaria Kasiran, 56, bersama lima anak lain.

      Suami Allayarham berkata, arwah kebiasaannya akan mengucapkan 'bye-bye' ketika bersalaman sebelum pergi mengajar ke sekolah.

      "Namun, pagi tadi dia ada meminta maaf kepada saya dan tidak menyangka ia petanda akan meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya," katanya.

      Rakan Allahyarham yang juga guru sekolah sama, Intan Ibrahim, 31, memberitahu, dia pada awalnya mahu mengejutkan arwah, 10.30 pagi, namun tidak berbuat demikian kerana memberi ruang supaya berehat.

    • "Ada tetamu hadir untuk menemui Ustazah Maziah dan kami terkejut melihat dia sudah tidak sedarkan diri dan mempunyai kesan muntah di pipinya.

      "Selain menghubungi ambulans bagi mendapatkan bantuan kecemasan, saya cuba melakukan bantuan pernafasan namun gagal dan dia disahkan meninggal dunia pada 12.15 tengahari," katanya.

    • Tambah Intan lagi, dia masih teringat pesanan Allahyarham kepada rakan sejawatan lain supaya menjaga sekolah itu dengan baik sebelum ini.

      "Tidak sangka itu pesanan dan amanat terakhirnya kepada kami," katanya menyifatkan Allahyarham seorang yang berdedikasi dan amat disegani ramai termasuk muridnya.

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Lagi di SAYS:

Leave a comment