Ibu Mengandung Boleh Dapat Servis Kelas Pertama Semasa Bersalin Dengan Hanya RM3

Kemudahan ini telah wujud sejak 2012.

  • Zaman sekarang ini, apa yang lebih menakutkan ibu mengandung tentang bersalin bukan lagi kesakitan, tetapi lebih kepada kos yang perlu ditelan

    • Sesetengah orang berfikir dua kali untuk mempunyai anak setelah mengambil kira tentang kos dari peringkat pranatal, melahirkan anak, dan selepas anak dilahirkan.

      Sejajar dengan kemajuan dalam bidang perubatan, kos juga dilihat semakin meningkat.

  • Namun begitu, kos bersalin di hospital kerajaan masih agak berpatutan jika dibandingkan dengan hospital swasta

    • Walaupun masa menunggu di hospital awam agak lama, kaji selidik Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa orang ramai yakin dengan sistem perubatan awam dan tidak menganggap ia lebih rendah daripada swasta.

      Selaras dengan ini, Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR) ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu mengurangkan masalah kemudahan obstetrik yang penuh sesak di hospital-hospital kerajaan.

    • Sejak dibuka pada 2012, pusat bersalin ini menawarkan perkhidmatan rawatan, bilik, ubat-ubatan, dan makanan yang setaraf dengan kemudahan wad kelas pertama untuk bayaran yang jauh lebih murah. Penjawat awam boleh menikmati kemudahan ini tanpa perlu dikenakan sebarang bayaran.

      PBBR juga dikendalikan oleh pakar-pakar obstetrik, ginekologi, dan pediatrik yang bertugas setiap hari demi memastikan para pesakit memperoleh rawatan profesional, berkualiti tinggi, dan berkesan.

  • Paling menarik, bayaran yang dikenakan hanyalah RM3!

    • Yuran masuk yang dikenakan kepada orang ramai hanya RM15, manakala bayaran harian untuk bilik berharga RM3 sahaja.

      Servis yang sama mungkin menelan kos sehingga ribuan Ringgit untuk melahirkan anak di hospital swasta, jika semua bayaran diambil kira.

  • Buat masa ini, terdapat 3 PBBR di Malaysia

    • 1. PBBR Hospital Putrajaya, WP Putrajaya
      2. PBBR Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
      3. PBBR Alor Setar, Kedah
    • Wanita hamil perlu pergi ke klinik kesihatan awam untuk pemeriksaan biasa sebelum mereka dirujuk ke PBBR sekiranya mempunyai rekod kesihatan yang baik.

      Mereka perlu memenuhi kriteria tertentu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh PBBR supaya layak menggunakan kemudahan tersebut. Beberapa kriteria termasuk tidak mempunyai sejarah komplikasi pada kehamilan sebelumnya dan tidak ada sejarah penyakit perubatan seperti diabetes, hipertensi, asma, dan penyakit kardiovaskular.

  • Saksikan video di bawah untuk ketahui lebih lanjut:

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Bagi mana-mana ibu yang melahirkan anak pada tahun ini, anda layak menerima ADAM50. BACA SINI:

  • Perasan tak ada EIS pada slig gaji?

Most-read stories today

Leave a comment