[VIDEO] 15 Iklan Raya 2018 Yang Penuh Warna Warni Dengan Jalan Cerita Bercampur Emosi

Dah rasa macam naik roller coaster.

  • 1. Graph Studio - Biru

    • "Aku yakin, kalau satu hari aku hilang, takkan ada sesiapa yang bersedih atau mencari aku."

      Siapa sebenarnya Biru? Iklan yang penuh tanda tanya dengan plot twist yang brilliant ini ternyata mendapat perhatian orang ramai di media sosial. Memang out of the box!

    • [Original Short Film] Biru

      Bukan Biru Muda atau Biru Tua. Biru apa yang selalu lepak dalam longkang ni? Jom tengok. #BlueLivesMatterToo ____________________________________________________________ A film by Derrik Yaw. Conceptualized and written by Mo Nazmi Ahmad Special credit mention to the undying support from Brad Chai of Black Candy Production for helping us to storyboard the film.

      Posted by Graph Studio on Sunday, May 20, 2018
  • 2. Tenaga Nasional Berhad (TNB) - Rumah Epik Fantastik

    • Boleh kata, iklan Raya ini adalah yang paling popular untuk tahun 2018. Macam-macam kerenah kita boleh lihat bila semua ahli keluarga berkumpul dalam satu rumah.

      Tapi watak paling penting tentunya pokok kaktus. :P

  • 3. Malaysia Airlines - Ops Lip Lap Raya

    • Gigih betul Danial, Afiq, dan dua rakan kembarnya Sasha membuat persiapan Raya untuk menyambut kepulangan abang dan kakak iparnya. Yang penting, sambut dengan meriah!

  • 4. Petronas - Misi Kuih Raya

    • Lima beradik ingin memberi sedikit kelainan pada Hari Raya kali ini dengan merancangkan satu surprise plan untuk ibu bapa mereka. Daripada makanan, kuih-muih, kerusi, lampu lip lap, semuanya lengkap dan tak ada satu pun yang tertinggal.

      Tetapi, mampukah mereka?

  • 5. Telekom Malaysia (TM) - Maklong Bawang

    • Siap sedia untuk menjawab pelbagai soalan yang diajukan secara bertubi-tubi oleh makcik-makcik bawang di kampung. Takkan boleh lepas! Boleh buat menangis kalau tak tahan.

  • 6. HongLeong Bank Malaysia - Abah Tak Bagi

    • Tina dengan ayahnya selalu tidak sebulu. Apa yang Tina minta, ayahnya selalu tak tunaikan.

      Tina cakap, "Abah bukan takda duit. Dia cuma kedekut."

      Tapi, apa yang ayahnya lakukan semuanya bersebab. :)

  • 7. CIMB - Tanam Cempedak Tumbuh Nangka

    • "Cempedak ada nak gaduh. Cempedak takda pun nak gaduh."

      Hahaha memang mencuit hati betul iklan Raya dari CIMB ni. Disebabkan satu buah cempedak, tercetus perang antara 3 jiran. Jadi, siapa yang berhak dapat buah cempedak tu?

  • 8. Watsons Malaysia - #MisiIkhlasAidilfitri

    • Munira selama ini tidak sedar yang kecantikan itu bukan diukur hanya dari luaran. Sehingga satu hari, Munira tidak dapat lagi melihat kecantikan dirinya sendiri dek kerana cermin mata ajaib.

  • 9. Celcom Axiata - Kasih 5 Sekawan

    • Hasnah lari ke kampung untuk mencari bapa kandungnya. Dan dalam pencarian tersebut, Hasnah menemui lebih dari sekadar itu.

      Kasi sayang merapatkan kita,
      keikhlasan mengeratkan kita.

  • 10. Digi - #Nawaitu

    • Diinspirasi dari sebuah kisah benar, video #Nawaitu membawakan tema yang lain daripada yang lain. Tiada rumah kampung dan tiada elemen Raya yang tipikal, iklan ini hanya berkisar tentang bola sepak, serta hubungan jurulatih dengan pemain.

  • 11. Samsung - Raya Last Minit

    • Tetamu baru je balik, tiba-tiba Mak Long call cakap nak datang lagi 30 minit. Sempat tak pasangan suami isteri ni nak settle-kan semua benda sebelum Mak Long sampai rumah?

  • 12. Telekung Siti Khadijah - Bisik Hati Mak

    • Mempunyai menantu berbangsa Cina merupakan satu cabaran buat mak. Apatah lagi bila si menantu berbahasa Cina. Mak langsung tak faham. Mak hanya mengandaikan bahawa menantunya itu tidak sukakan kehadirannya di rumah.

      Namun, andaian mak itu sebenarnya salah.

  • 13. PruBSN - #TeamRayaMerah

    • Ini cerita Ridwan. Dia ni tak pernah tak busy. Lagi-lagi bila nak Raya. Ridwan sanggup melakukan apa saja demi kebaikan keluarga Nek Yah. Tapi yang sedihnya, ada juga yang tak hargai kehadiran Ridwan.

  • 14. Toyota - Jalan Cerita

    • Ayah hanya nak luangkan masa bersama anak lelakinya. Tanpa mengenal erti penat, ayah sentiasa membawa anaknya bersiar-siar sekitar taman selepas balik kerja. Tapi lama-kelamaan, rutin itu menjadi bosan untuk si anak.

  • 15. U Mobile - RayaBestsama

    • Rapper Aman Ra menunjukkan kreativiti dengan menghasilkan lagu RayaBestsama yang membawakan irama rap moden yang santai dan catchy. Memang kreatif!

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Jom layan iklan Raya 2017 dan 2016 pula!

  • Masih ingat lagi iklan-iklan ini?

Most-read stories today

Leave a comment