Iklan Raya TNB Memang Iklan Paling ‘Best’ Setakat Ini! Siapa Sebenarnya Yang Hasilkan?

Memang nice lah!

  • Saban tahun kita pastinya akan disajikan dengan iklan raya di kaca TV mahupun di media sosial. Boleh cakap, iklan raya adalah antara benda yang kita nanti-nantikan sewaktu menjelangnya raya

    • Waktu ni macam-macam jenis iklan akan ditayangkan di kaca TV. Kelakar, sedih, kreatif semuanya ada.

      Dan bagi tahun ini, nampaknya iklan raya dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) betul-betul mencuri perhatian orang ramai. Suntingan dan effect yang dibuat amat berlainan dengan iklan-iklan raya yang sebelumnya.

      says.com

  • Iklan ini mengisahkan tentang Aida yang terpaksa pulang lewat ke kampung halaman disebabkan kerja yang banyak di pejabat

    • Bukan tu saja, sebelum pulang raya Aida juga telah diamanahkan ibunya untuk membeli baju raya untuk adik-adiknya. Tak lupa juga buat kucing kesayangan mereka di kampung.

      says.com

  • Beliau mula stress dan akhirnya membuat keputusan untuk mengambil tempahan membuat kuih raya untuk mencari duit lebih supaya dapat membeli pakaian adik-adiknya

    • Aida berjaya menyiapkan segala tugasan on time dan pakaian adik-adiknya pun telah berjaya dia sediakan. Kini tibalah masa untuk beliau ke kampung halaman.

      says.com

  • Namun setelah tiba saja dia di stesen bas, sesuatu telah berlaku kepada dirinya...

  • Apakah yang terjadi kepada Aida? Dapatkah beliau pulang beraya? Tonton iklan tersebut di bawah:

  • Sudah tonton video penuh iklan tersebut? Sangat kreatif dan nice kan? Jadi, siapa sebenarnya yang berada di sebalik tabir video ini?

    • Iklan tersebut sebenarnya telah dihasilkan oleh Reservoir Production (RP). Menurut info yang terdapat pada laman Facebook mereka, RP ditubuhkan pada tahun 2004 dan sudah banyak menghasilkan video-video iklan untuk syarikat-syarikat terkemuka di Malaysia.

      says.com

    • RP ditubuhkan oleh Chow Chun Son dan Ryan Khoo. Dan kini bersama mereka beberapa orang direktor hebat antaranya Quek Shio Chan, Ismail Kamarul, Philip Rom dan ramai lagi.

      says.com

  • Masih ingat iklan raya #LepasTu dari TNB tahun lepas? Ya, ia turut dihasilkan oleh mereka!

    • Dan baaaanyakkkkkkkk lagi.

      says.com

  • Bukan setakat iklan, RP juga hasilkan beberapa short film yang hebat dan sangat seronok untuk ditonton. Malah, baru-baru ini, karya RP turut menang banyak kategori di Kancil Award 2017.

    • Good job guys! Teruskan menghasilkan video yang menarik dan menghiburkan. Like page mereka di SINI.

      says.com

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Iklan-iklan raya tahun lepas pun boleh tahan best! Tonton semuanya di SINI:

Leave a comment