Ibu Terkejut Bayi 2 Tahun Hidap Kencing Kotor Hanya Kerana ‘Wet Tissue’. Hati-Hati!
Macam mana 'wet tissue' boleh menyebabkan Kencing Kotor?
Cover image via SAYSUmum mengetahui bahawa ada ibu bapa yang memilih untuk menggunakan wet tissue apabila membersihkan najis pada kemaluan bayi mereka
*Wet tissue* dilihat sebagai satu alternatif mudah bagi menggantikan air, terutama sekali dalam hal membersihkan kemaluan bayi. Ini kerana *wet tissue* yang berada di pasaran kebanyakannya dilengkapi dengan pelbagai kandungan organik seperti Vitamin E dan Aloe Vera.
Bahan-bahan yang terkandung ini sememangnya baik untuk kulit bayi dan dipercayai tidak mempunyai kesan sampingan.
Image via www.ivillage.ca
Namun begitu, menerusi satu status oleh Info Ibu Hamil, seorang bayi lelaki dikatakan mengalami kencing kotor dan terpaksa dimasukkan ke dalam wad, semuanya berpunca daripada wet tissue
Image via Info Ibu Hamil/Facebook
Menurut doktor pakar, membersihkan najis dan kemaluan bayi menggunakan wet tissue sebenarnya tidak elok, walaupun wet tissue tersebut sememangnya dikhaskan untuk bayi
Seelok-eloknya, kemaluan bayi perlu dicuci dengan air yang mengalir serta sabun bagi membasmi kuman.
Dan jika kencing kotor ini melarat dan tidak dirawat, ia boleh merosakkan buah pinggang bayi.
