seismik

'Mulut Busuk Kalah Longkang!' - Chef Wan Jawab Isu Pembaziran 1,500 Mangkuk Laksa Sarawak

Sebanyak 100kg rencah laksa Sarawak, 225kg laksa beras, 90kg udang, 1,008 biji telur dan 80kg ayam telah digunakan.

Cover image via Sim Hui Kian/Facebook

Viral baru-baru ini di media sosial dengan berita Laksa Sarawak terbesar yang mencipta rekod negara terpaksa dibuang kerana mulai basi dan berbau busuk

Ia diadakan bersempena dengan pelancaran dewan makanan baru pusat membeli-belah tempatan di Sarawak yang dikendalikan oleh Plaza Merdeka Management Sdn Bhd.

Juadah yang dimasak pada pagi Jumaat itu didapati mula mengeluarkan bau kurang enak kira-kira pukul 7 malam hari yang sama. Disebabkan itu ia tidak boleh diedarkan kepada pengunjung yang hadir walaupun telah mencipta Malaysia Book of Records.

“Selepas pelancaran itu kita tidak boleh edarkan [laksa] kerana diberitahu kuah yang menggunakan santan kelapa sebagai bahan utama perlu sentiasa dipanaskan dalam suhu tertentu,” kata pengurus besar Cheah Kheng Mun.

themalaymailonline.com

Hidangan itu dimasak di dalam mangkuk sebesar 1.3 meter yang mengandungi 100kg rencah laksa Sarawak, 225kg laksa beras, 90kg udang, 1,008 biji telur dan 80kg ayam.

Berhubung perkara itu, Selebriti chef, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan juga menerima kritikan orang ramai apabila kelihatan turut menyertai pelancaran tersebut

Image via INFO Sarawak

Bagaimanapun, Chef Wan menjelaskan bahawa beliau hanya hadir sebagai tetamu.

"Saya dijemput hanya untuk menyertai pelancaran dewan makanan baru pusat membeli-belah itu.

"Saya tidak memasak laksa atau tidak pernah sedar mereka tidak akan menghidangkannya kepada orang lain sehingga saya berada di sana pagi itu," katanya dalam beberapa siri catatan Instagram.

malaysiakini.com

Beliau memberitahu beliau sendiri terkejut, apabila mendapat tahu makanan itu akan dibuang dengan menyifatkan langkah itu sebagai 'kurang bijak'.

Bukan itu sahaja, beliau juga turut dikritik kerana komen beliau mengenai kenaikan harga minyak masak dan mencadangkan alternatif yang lebih sihat dalam aktiviti memasak sebagai tindak balas kepada peningkatan dalam harga minyak masak.

Morning.This morning i got a write up from BP online from the GM Mr Cheah of the Plaza Merdeka saying that when they put together the Laksa in the giant bowl the Gravy of the Laksa has been contaminated.Since they cannot already feed to the shoppers it has to be thrown and a replacement of 1500 packets was given yesterday to the shoppers.

They also told me as there 2 main caterers assigned to prepare all this macam2 boleh jadi behind the scene why kuah bersantan itu cepat turn rancid.

Afterall they are dealing with Coconut milk pun.

So the management in their statement said a mistake has been make so we should stop pointing fingers and judging them by saying all that nasty things not knowing the reasons why the kuah menjadi basi!

Actually cases begini di majlis orang2 kawin pun bila tukang2 masak tak handle food or ingredients sering makanan itu menjadi rosak dan basi.

When they find out the last minute instead of throwing the food they boil them balik and feed them to the guests ignoring that the food has been contaminated and that eventually caused major food poison to the guests.

These occurred oftened and u do read them in the papers.

So if they decide not to give after the event that is wise rather than making the public sick.
Malaysian are quick at judging and forming their own opinions on any issues these days i noticed.

Some mulut tu busuk mengalah kan longkang di tepi jalan serta kurang ajar memberi coments out there ikut sedap mulut mereka.

Asyik nak cari kesilapan orang lain tanpa tahu cerita sebenarnya hujung dan pangkal.
Terus bersangka buruk dan menyebar kan fitnah sana sini.

Its a disgusting attitude a true reflection of a society yg kurang adab mcm mak bapak kita ni tak mengajar kita dari kecil!

Jika saya jenis mereka ini dah lama saya carut kan seorang2 tu kasi kan kepada mereka2 a slap on their face sebab tak tahu malu.

Padahal apa yg di coment some of them tu is totally inmatured at time nampak sangat kebodohan diri sendiri.

Tak pe la.Instead i choose to just laugh and walk away.

Totally a waste of time to entertain them as i will not put myself at their level.
Walk away and have a peaceful mind lagi la baik for my soul!

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bercakap mengenai laksa, tahukah anda?

20 makanan Sarawak yang memang sedap!

You may be interested in: