seismik

Jason Statham Tampil Penuh Aksi Dalam Filem Terbaru Operation Fortune: Ruse De Guerre

Filem ini kini ditayangkan di pawagam berhampiran anda seluruh Malaysia.

Cover image via @TGVCinemas (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Filem aksi komedi terkini, Operation Fortune: Ruse De Guerre, yang dibintangi Jason Statham, mungkin kelihatan seperti parodi filem Mission Impossible

Selain itu, ia juga tampak tidak kelihatan canggih dan bergaya seperti filem James Bond.

Namun, ia mampu membuatkan anda sebagai penonton tertawa tidak kering gusi kerana dialog lucu yang disampaikan.

Tonton treler rasmi filem Operation Fortune: Ruse De Guerre ini di bawah:

Filem arahan Guy Ritchie ini merupakan filem bergenrekan aksi komedi

Mengisahkan tentang perisik super Orson Fortune (Jason Statham) perlu menjejaki dan menghentikan penjualan teknologi senjata baharu oleh seorang jutawan broker senjata, Greg Simmonds (Hugh Grant).

Dengan berat hati, Orson perlu bekerjasama dengan beberapa ahli perisik terbaik dunia yang lain; Sarah Fidel (Aubrey Plaza), Nathan Jasmine (Cary Elwes), J. J. Davies (Bugzy Malone), Orson Fortune.

Jason Statham sebagai Orson Fortune dalam Operation Fortune: Ruse De Guerre.

Image via @TGVCinemas (Twitter)

Jason Statham, Josh Harnett dan Aubrey Plaza bergabung tenaga dalam filem Operation Fortune: Ruse De Guerre.

Image via @TGVCinemas (Twitter)

Pasukan baharu Orson itu juga telah merekrut seorang bintang filem terkenal Hollywood, Danny Francesco (Josh Hartnett) untuk membantu mereka dalam misi penyamaran mereka dengan mengembara pelbagai tempat untuk menyelamatkan dunia.

Bagaimanapun rancangan mereka tidaklah mudah dan penuh dengan pelbagai plot yang tidak dijangka-jangka buat para penonton. Semestinya aksi Orson watak yang dibawakan oleh Jason Statham itu paling mencuri perhatian ramai.

Nak tahu apa kesudahannya cerita filem ini sama ada krew Orson dapat selamatkan dunia atau sebaliknya? Jangan lupa tonton di mana-mana pawagam berhampiran anda di seluruh Malaysia!

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: