Jatuh Tak Bangun-Bangun, Ini 4 Pesanan ‘Usahawan Gagal’ Di Jepun Buat Kita Semua
"Didoakan juga semoga usahawan-usahawan yang pernah jatuh seperti Dr. Sharwani ini akan bangun semula suatu hari nanti." – Isma Addi Jumbri
Cover image via Isma Addi Jumbri/FacebookSetiap orang yang menceburi bidang bisnes dan keusahawanan pasti mahu berjaya. Namun, jalan menuju kejayaan itu bukanlah perkara yang mudah.
Pelbagai rintangan dan dugaan yang perlu ditempuhi untuk mencapai impian yang anda impikan. Mungkin sebelum ini anda pernah mendengar tips-tips perniagaan dari orang-orang hebat seperti [Vivy Yusof](http://says.com/my/stories/tagged/vivyyusof), tetapi pernahkah anda mendengar tips-tips perniagaan daripada orang yang pernah jatuh dalam bisnes dan tak bangun-bangun?
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Isma Addi Jumbri berkongsi pengalaman beliau berjumpa dengan seorang usahawan gagal di Jepun. Usahawan itu memberi beberapa nasihat kepada orang ramai tentang apa yang perlu dilakukan supaya tidak menjadi gagal sepertinya. Jom, kita dengarkan pengalaman beliau:
1. Mulakan bisnes dari muda
*Beliau seakan agak kesal kerana memulakan perniagaan pada usia yang agak lewat. Setelah pencen dan sebagai langkah meneruskan kelangsungan hidup di Jepun, beliau telah membuka kedai runcit dan restoran halal di sini.
Masih teringat nostalgia dulu sewaktu mula-mula saya ke sini sendirian. Kedai runcit dan restoran beliau menjadi 'port' saya singgah di kala keseorangan. Orangnya ramah dan tidak lokek untuk berkongsi cerita. Namun, "diharapkan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari". Tak sampai setahun, bisnes beliau terpaksa ditutup.
Oleh kerana usia sudah meningkat, kejatuhan bisnes ini menjadi ujian yang paling berat dalam hidupnya. Sehinggakan beliau mengalami tekanan perasaan bertahun lamanya. Atas sebab itu, beliau mengalakkan untuk sesiapa yang ingin berbisnes mulakan dari awal usia. Jangan dibazirkan usia muda dengan perkara yang sia-sia.*
Kami menuju ke Sendai Eki (Station Sendai). Perjalanan dari Masjid Sendai ke Eki hampir 30 minit dengan pemanduan tidak lebih 60km/sejam.
Image via Isma Addi Jumbri/Facebook
2. Sediakan dana kecemasan
Gambar kedai runcit dan restoran halal milik Dr Sharwani sewaktu dibuka. Kini hanya tinggal gambar dan kenangan.
Image via Isma Addi Jumbri/Facebook
3. PhD tak jamin sukses berbisnes
Kedai runcit dan restoran Dr. Sharwani telah diambil alih. Dulu 'halal' kini tidak lagi.
Image via Isma Addi Jumbri/Facebook
4. Bersedia di kala tidak bersedia
Dulu bangunan ini dikenali sebagai Sakurano, kini bertukar menjadi AEON. Disinilah saya berhentikan Dr. Sharwani.
Image via Isma Addi Jumbri/Facebook

