seismik

Selepas Ini, 'Boarding Pass' Anda Bukan Lagi Kertas... Tetapi Wajah Anda

Masa untuk selfie!

Cover image via HYPEBEAST

Zaman dulu, kalau nak check in masuk pesawat mesti kena buat di kaunter

Image via klia2.info

Nak tak nak, mesti kena pergi kaunter untuk dapatkan boarding pass. Kalau barisan terlalu panjang, terpaksa juga beratur semata-mata untuk dapatkan boarding pass. Ini cara lama.

Cara lebih baru, segalanya online atau atas talian. Beli tiket kapal terbang secara online, lepas tu terus boleh check in dan cetak boarding pass serta merta. Pergi airport tinggal nak naik kapal terbang je. Senang.

Lepas tu muncul pula sistem QR code menggunakan telefon bimbit. Scan saja QR code yang diberi semasa check in dan dapatkan boarding pass dengan segera di lapangan terbang. Makin lama teknologi makin hebat.

Pernah tertanya-tanya, lepas ni apa pulak? Ada tak cara lain yang lebih moden berbanding online atau QR code?

Jawapannya, selfie atau swafoto! Inilah sistem paling canggih zaman ini yang baru saja diperkenal oleh syarikat penerbangan jetBlue.

Yup!

jetBlue mengumumkan bahawa mereka akan membenarkan para penumpang untuk check in menggunakan sistem selfie tidak lama lagi.

Syarikat penerbangan itu telah bekerjasama dengan Perlindungan Sempadan dan Kastam AS (CBP) dan syarikat IT penerbangan, SITA, bagi melaksanakan teknologi pengecaman muka untuk mengesahkan identiti penumpang.

Teknologi ini adalah yang pertama di dunia dan diberi nama 'self-boarding'

Image via gannett-cdn.com

"Sistem biometrik ini direka bagi mempercepat urusan dan ia juga mudah untuk digunakan. Apa yang kita mahu realisasikan ialah satu teknologi yang selamat dan lancar buat penumpang, "kata Jim Peters, ketua pegawai teknologi di SITA.

"Ini adalah integrasi biometric authorization pertama oleh CBP dengan syarikat penerbangan dan boleh menjadi satu penyelesaian yang cepat dan mudah untuk melancarkan operasi di seluruh lapangan terbang AS."

Selfie yang diambil bakal diimbas bersama gambar dan data di dalam passport. Sekiranya segala maklumat menemui padanan, penumpang boleh terus menaiki pesawat.

Paling menarik, teknologi ini langsung tidak menggunakan kertas dan apa-apa peranti

Tak perlu tunjuk boarding pass atau pasport. Wajah penumpang adalah boarding pass penumpang itu sendiri. Segalanya tanpa kertas dan tanpa peranti.

Lihat penerangan di bawah:

Image via JetBlue

Canggih kan?

Image via tumblr.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ingat, jangan muat naik gambar boarding pass untuk elakkan perkara buruk berlaku. BACA SINI:

You may be interested in: