seismik

Jumpa Najis Dan Bangkai Tikus, Restoran Nasi Kandar Line Clear Diarah Tutup

Tindakan penutupan premis diambil mengikut Seksyen 11B Akta Makanan 1983 dan sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Cover image via ijaicool.blogspot.my

Dua restoran nasi kandar termasuk sebuah restoran popular di Pulau Pinang diarahkan tutup dua minggu selepas didapati kotor dalam satu operasi di Jalan Penang, pagi tadi

Laporan Harian Metro sebentar tadi memberitahu operasi jam 10 pagi hingga 1 tengah hari itu melibatkan sepasukan 20 pegawai dan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Menurut ahli Majlis MBPP, Oh Ah Teong, sebanyak tiga restoran nasi kandar sekitar Jalan Penang diperiksa terutama bahagian dapur, stor dan penyediaan makanan.

Setelah pemeriksaan dijalankan, pihaknya mengarahkan dua restoran nasi kandar ditutup sementara waktu selepas menemui najis dan bangkai tikus serta lipas di bahagian dapur dan stor

Kes berkenaan akan dipantau Jabatan Kesihatan Negeri Daerah Timur Laut untuk tindakan selanjutnya. Katanya, penutupan premis diambil mengikut Seksyen 11B Akta Makanan 1983 dan sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Image via Harian Metro

"Kami turut mengeluarkan tiga kompaun berjumlah RM1,340 ke atas sebuah restoran nasi kandar kerana tiga pekerja tidak menerima suntikan selain perangkap serangga tidak berfungsi," katanya ketika ditemui Harian Metro sebentar tadi.

hmetro.com.my

Namun, menurut laporan The Malay Mail Online, restoran terkenal yang diarahkan tutup tersebut adalah Restoran Nasi kandar Line Clear

Dua yang lainnya pula adalah Restoran Yasmeen dan Sup Hameed. Walaupun diarah tutup selama dua minggu, restoran tersebut dibenarkan untuk beroperasi sehingga jam 8 malam ini.

Restoran ini sungguh terkenal dan dikatakan setiap hari orang ramai akan beratur panjang bagi mencuba sendiri nasi kandar yang merupakan menu utama restoran terbabit.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini, sebuah restoran nasi lemak terkenal di Subang turut mengalami masalah yang sama:

You may be interested in: