Kajian Dapati Pengguna iPhone Kurang Jujur Dan Amanah Berbanding Pengguna Android
Jujurkah anda?
Cover image via flipboard.comAnda seorang pengguna iPhone?
Ya, anda mungkin kelihatan mewah dan bergaya.
Namun, sebenarnya anda mungkin juga mempunyai tahap *[honesty-humility](https://en.wikipedia.org/wiki/HEXACO_model_of_personality_structure)* yang rendah.
*Honest-humility* adalah merangkuimi kejujuran, keikhlasan, kesetiaan dan kebersederhanaan.
Image via www.pcadvisor.co.uk
Lebih 500 peserta menjawab soalan tentang diri mereka dan sikap mereka terhadap telefon pintar mereka dalam satu kajian. Kajian tersebut dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Lincoln, Universiti Lancaster, dan University of Hertfordshire.
Penyelidik mendapati pengguna iPhone melihat telefon mereka sebagai **status** dan **simbol**, **mempunyai tahap emosional yang lebih tinggi** dan **lebih bersifat ekstrovert**.
Pengguna Android pula kurang berminat dengan **kemewahan, status sosial serta bersikap jujur dalam sesuatu perkara**.
Kajian yang diterbitkan di dalam sebuah jurnal bertajuk ***Cyberpsychology, Behaviour, and Social Networking*** itu memberitahu, kemungkinan bagi pengguna iPhone melanggar peraturan untuk kepentingan peribadi juga adalah sangat rendah.
Image via The Verge/Youtube
Berdasarkan hasil kajian terbabit, penyelidik telah membentuk sebuah program komputer yang bertujuan untuk meramal apa yang dimiliki oleh pengguna telefon pintar.
Program ini meneka dengan betul 70% pada setiap kali ujian dibuat. Sangat mengagumkan!
Sumber: [indy100](https://www.indy100.com/article/androids-iphones-personality-type-7446831).
Image via Tech Talks

