4 Selamat, 9 Masih Terkandas: Ini Kronologi Kes Kanak-Kanak Sesat Dalam Gua Di Thailand

Mereka ditemui selepas 10 hari berada di dalam gua.

  • Pada 23 Jun, pasukan bola sepak yang terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang jurulatih telah masuk ke gua Tham Luang di utara Thailand selepas berlatih dan tidak pulang ke rumah pada malam itu

    • Mereka yang berusia antara 11 hingga 16 tahun, dan jurulatih berusia 25 tahun dipercayai terperangkap kerana hujan lebat telah menghalang laluan mereka untuk berpatah balik.

      Gua sepanjang 4 kilometer itu dinaiki air dan mengalami banjir yang teruk sehingga beberapa hari selepas mereka terperangkap.

  • Apa sebenarnya yang berlaku? Baca di bawah:

    • Pada hari Sabtu 23 Jun lepas, sepasukan team bola bernama Wild Boars F.C terdiri dari 12 kanak-kanak berumur dari 11-16 tahun beserta coach mereka jalani latihan biasa. Selepas latihan, mereka merancang memasuki gua Tham Luang Nam Ning di Chiang Rai, utara Thailand berdekatan Myanmar. Mereka pernah masuk gua ini sebelum ini tetapi hanya sekerat jalan. Kali ini mereka hendak pergi lebih jauh ke dalam. Masa masuk, hampir tiada air sepanjang laluan mereka hingga membawa mereka ke penghujung gua.

      Setelah mereka tiba di hujung gua, mereka perlu patah balik ikut jalan yang sama untuk keluar. Perjalanan sejauh lebih kurang 4km.

      Tetapi, ketika mereka di dalam, hujan telah turun dengan lebatnya dan agak lama. Oleh kerana hujan, sambil berteduh mereka terus ke hujung gua. Bila tiba di hujung gua, air mula masuk ke dalam gua dan lama kelamaan menjadi banjir. Nasib baik di hujung gua ada sebuah batu yang tidak ditenggelamkan air kerana kedudukannya agak tinggi. Oleh kerana batu itu tinggi maka keadaan agak sempit tapi muat untuk 13 orang itu duduk tunggu air surut.

      Usaha mencari oleh pasukan SEAL Thailand bermula apabila mendapat laporan kehilangan mereka dan mengesyaki mereka berada di dalam gua. Apabila cuba masuk, rupanya gua itu tidak lagi boleh masuk dengan cara berjalan kerana keadaannya tidak rata dan air bertakung sana sini. Ada tempat yang sangat dalam hingga perlukan penyelaman, ada tempat pula agak sempit untuk penyelam yang membawa tangki oksigen melepasinya dan ada yang teruk berlumpur dan sangat gelap hingga sukarkan pandangan ketika menyelam.

  • Pasukan penyelam mempunyai empat cara untuk menyelamatkan mangsa iaitu:

    • 1. Mengepam keluar air dari dalam gua hingga kering untuk memudahkan kanak-kanak itu berjalan keluar sepertimana mereka masuk. Banyak pam industri telah dibawa ke lokasi tetapi hanya mampu mengepam 40% sahaja air keluar.

      • 394e Image via ABC
        Askar Thailand memikul pam yang digunakan untuk mengepam keluar air daripada gua.
    • 2. Membiarkan mereka di dalam sehingga air surut untuk mereka berjalan keluar. Tetapi hujan diramalkan turun kerana sekarang kawasan itu dilanda monsun. Hanya Oktober sahaja monsun akan berakhir.

      3. Membawa keluar dengan menyelam. Mereka tidak pandai berenang. Menyelam pula perlukan kepakaran apatah lagi menyelam selama 5 jam. Ditambah pula keadaan fizikal mereka yang sangat lemah tanpa makan dan minum yang cukup walau mereka kelihatan ceria dan mampu tersenyum. Bagaimana remaja tidak pandai berenang, lemah badan, hendak menyelam dengan begitu lama? Lebih-lebih lagi dengan kematian seorang penyelam profesional di pertengahan jalan akibat kekurangan oksigen.

    • 4. Menebuk lubang dari atas gua dan menarik mereka keluar. Usaha ini agak rumit kerana perlu membuat jalan di hutan yang tebal bagi membawa masuk jentera boring. Juga sulit untuk mengesan dengan tepat lokasi kanak-kanak ini dari atas gua. Khuatir juga jika kerja penebukan akan mebyebabkan tanah di bawah runtuh lalu menimbus mereka. 

  • Selepas pencarian selama 10 hari, kesemua 13 orang itu ditemui hidup oleh dua penyelam British pada 2 Julai

    • Dua penyelam tersebut Rick Stanton dan John Volanthen mengambil masa beberapa jam untuk sampai ke lokasi itu, sekitar 400 meter jauh dari Pattaya Beach.

      Video di bawah menunjukkan mereka masih berada di atas batu yang menyelamatkan mereka daripada tenggelam.

    • Hooyah.....ทีมหมูป่า พบเยาวชนทีมหมูป่าบริเวณหาดทรายห่างจาก Pattaya beach 200 เมตร โดยนักดำน้ำหน่วยซีลดำน้ำวางไลน์เชือกนำทาง ร่วมกับนักดำน้ำจากประเทศอังกฤษ ระยะทางจากห้องโถง 3 ยาว 1,900 เมตร เมื่อเวลา 21.38 น. คืนวันที่ 2 กรกฎาคม 2561 #ThainavySEAL

      Posted by Thai NavySEAL on Monday, July 2, 2018
  • Sehingga 8 Julai, empat daripada 13 orang telah berjaya diselamatkan

    • Empat kanak-kanak yang identiti mereka tidak didedahkan pihak berkuasa merupakan kumpulan pertama yang dibawa keluar oleh para penyelam dari gua yang banjir dalam misi yang mencabar dan berbahaya itu.

      Kanak-kanak pertama dibawa keluar dari gua itu pada 5.40 petang diikuti kanak-kanak ke-2 10 minit kemudian manakala kanak-kanak ke-3 dan ke-4 dibawa keluar masing-masing pada 7.40 dan 7.50 petang.

      Mereka kemudian digegaskan ke hospital wilayah itu oleh helikopter tentera.

  • Sembilan orang masih terperangkap. Fasa ke-2 kini sedang dijalankan.

    • Pasukan penyelam telah masuk untuk usaha menyelamat fasa kedua, kata pegawai Thai. Operasi bermula pukul 11 pagi tadi dan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 jam untuk menyelamatkan mangsa.

      Gabenor Chiang Rai, Narongsak Osattanakorn berkata beliau berharap untuk mendengar berita baik dalam beberapa jam akan datang.

  • Misi menyelamat ini sememangnya sangat merbahaya dan sangat sukar untuk dijalankan. Biar video-video di bawah ini berbicara:

  • Semoga semuanya akan selamat pulang ke pangkuan keluarga. :')

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Walaupun terperangkap, mereka sempat menyampaikan sepucuk surat kepada ibu bapa mereka:

Most-read stories today

Leave a comment