Video Lucu Bengah Dan Afiatul, Bukti Kasih Sayang Abang Kepada Adik Istimewa

"Kadang-kadang sedih juga, tapi rasa inilah kelebihan yang Allah bagi kepada kita yang kurang ni" - Bengah

  • Cover image via SAYS
  • Sikap keperihatinan dan penyayang seorang abang terhadap adiknya yang merupakan golongan istimewa pernah menjadi bualan Facebook suatu ketika dahulu.

    Aksi mencuit hati dua beradik ini benar-benar menarik perhatian pengguna media sosial dengan gelagat si abang yang suka menyakat adiknya.

    • Dikenali sebagai 'Makhlok Macho' di laman sosial, Bengah atau nama sebenarnya Hammad Zamakhshari kini semakin dikenali di laman sosial kerana sering menghasilkan video bersama adik istimewanya iaitu Afiatul Salsabila.

      Beliau sering menonjolkan sikap kasih sayang dan keprihatinan seorang abang kepada seorang adik melalui gambar dan video-video yang dihasilkannya.

      Baru-baru ini, satu video #MannequinChallenge yang dihasilkan beliau bersama adiknya itu mendapat perhatian netizen kerana dianggap sangat lucu dan menghiburkan.

      Dalam caption video tersebut, Bengah menyebut:

      "Bengah buat #MannequinChallenge dengan Afiatul. 3 saat je jadi selebihnya jadi #MehMakanChallenge . degil. susah dia nak duduk diam. Kalau kiut share la."

    • Bengah buat #MannequinChallenge dengan Afiatul. 3 saat je jadi selebihnya jadi #MehMakanChallenge . degil. susah dia nak duduk diam.

      kalau kiut share la.

      #AbangYangPenyayang

      Posted by Makhlok Macho on Tuesday, 3 January 2017
  • Video tersebut bukan saja telah tersebar luas di laman Facebook malahan juga di Twitter. Orang ramai menyifatkan video tersebut sangat lucu, comel dan sangat sweet. Yes kami pun setuju!

    • Video-video yang dihasilkan Bengah sebelum ini pun sangat mencuit hati orang ramai dan mesej yang cuba disampaikannya sangat berharga. Contohnya satu video di mana Bengah meminta Afiatul supaya berdikari dengan mengajarnya keluar membeli barang di Petronas seorang diri. Haha... anda lihatlah sendiri apa yang terjadi selepas itu.

    • "OK jom!" (Part ll)

      Umur dah 17 tahun kan Afiatul ni. saja je Bengah bagi Afiatul berdikari pergi sendiri beli jajan dalam petronas tu seorang diri. tapi apa yang dibalasnya lepas tu amat mengejutkan ialah.. bla bla bla... (tonton video best ni)

      #AbangYangPenyayang

      Posted by Makhlok Macho on Wednesday, 17 June 2015
  • Menerusi satu laporan video Astro Awani, Bengah memberitahu bahawa kanak-kanak istimewa adalah sangat luar biasa dan beliau yakin setiap yang berlaku itu punya hikmah tersendiri

    • "Kadang-kadang sedih juga, tapi rasa inilah kelebihan yang Allah bagi kepada kita yang kurang ni", kata Bengah di dalam video tersebut.

      "Bila kita tunjuk macam mana hubungan kita yang terjalin tu, lembut ke kasar ke kasih sayang tersebut, itulah yang menjadikan kita yang normal ini istimewa," sambungnya lagi.

    • Menurutnya lagi, apa yang disampaikannya di video dengan hanya melalui telefon pintar yang dihasilkannya itu, satu rakyat Malaysia dapat merasakan keakraban hubungan mereka adik beradik.

      Beliau juga memberitahu, sudah menjadi lumrah akan tidak semua orang senang dengan apa yang dilakukannya hari ini, tetapi katanya beliau lah yang perlu pandai menguruskannya supaya orang tidak membenci mereka.

  • Kami doakan semoga hubungan akrab Bengah bersama Afiatul berkekalan ke hujung nyawa dan dapat dijadikan teladan buat mereka di luar sana.

    Jadi apa kata kita layan beberapa video lucu dua beradik ini di bawah:

  • Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Okay jom layan video 'Shafla Detura' pulak:

Leave a comment