seismik

Filem 'Kau Takdirku' Padat Dengan Emosi Romantik Tragis Yang Mengusik Jiwa

Romantik tetapi tragis.

Cover image via Grand Brilliance

Selepas hampir setahun tidak menghasilkan filem berat, Primeworks Studios kali ini melancarkan filem romantik tragis berjudul 'Kau Takdirku'

'Kau Takdirku' adalah filem ketiga arahan Jason Chong, yang menampilkan barisan pelakon handalan seperti Remy Ishak dan Bront Palarae. Filem ini juga dibintangi pendatang baru berbakat besar iaitu Ezzaty Abdullah, Aisya Hasnaa, dan Megan Tan, dengan penampilan istimewa oleh aktres veteran Kartina Aziz.

Dari kiri: Bront Palarae, Aisya Hasnaa, Ezzaty Abdullah, Megan Tan, dan Remy Ishak.

Image via Grand Brilliance

Naskhah penuh emosi ini ditulis oleh penulis skrip terkenal Azlina Pa'wan yang sangat bijak membina plot dengan penggunaan kata-kata bermakna dan menyentuh hati.

Walaupun berkisar tentang cinta tiga segi, filem ini menyelitkan beberapa elemen plot twists yang pasti akan membuat penontot rasa teruja

Filem ini menceritakan kisah tentang Kamar (Remy Ishak) yang dalam diam menjalin hubungan cinta dengan Alya (Ezzaty Abdullah) yang telah berkahwin dengan rakannya, Harris (Bront Palarae). Selepas Harris hilang di laut, Kamar berkahwin dengan Alya.

Kisah tentang cinta dan pengkhianatan berlaku apabila Harris yang mereka khuatir telah mati, kembali semula tanpa disangka-sangka.

Mampukah cinta abadi Kamar melawan takdir atau haruskah Kamar berkorban demi kebahagiaan Alya?

'Kau Takdirku' akan bertemu peminat di pawagam seluruh negara bermula 7 September 2017

Berdasarkan maklumbalas yang diterima, peminat-peminat filem tempatan sangat teruja untuk menyaksikan kesudahan kisah romantik tragis ini yang sedang menghangatkan pawagam seluruh Malaysia sejak 7 September 2017.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pernah dengar cerita ni?

You may be interested in: