Kini Anda Boleh Cuba Teh Tarik Madu Asli Yang Memang ‘Da Bomb’ Di KL. Jom Serbu!
Moh le kita cuba! 😀
Cover image via Instagram @kelate_kitchen | Instagram @puteritazSudah lama anda curious nak rasa Teh Tarik Madu Asli?
Image via Instagram @farrahlr
Jangan risau, anda boleh cuba minuman special ini di Kelate Kitchen. Restoran yang terletak di KL ini juga menyajikan pelbagai masakan Kelantan asli.
Image via Kelate Kitchen
Teh Tarik Madu ini dibancuh kaw mengikut resipi asli ternyata menjadi tarikan utama di sini
Image via Instagram @puteritaz
Image via Instagram @kelate_kitchen
Selain teh viral ini, anda boleh mencuba bermacam-macam lagi hidangan menarik di sini termasuklah Nasi Kukus, Nasi Kerabu dan Nasi Beratur yang tersangat sedap!
Image via Instagram @puteritaz
Image via Instagram @kelate_kitchen
Pilih daripada berbagai-bagai lauk mengikut selera masing-masing di sini, termasuk Ikan Tongkol, Ayam Bakar, Ayam Percik, dan Daging Bakar.
Image via Instagram @piqaqimie
Anda juga boleh menikmati pelbagai jenis manisan-manisan dan kuih-muih tradisional Kelantan!
Image via Instagram @kelate_kitchen
Bagi yang gemarkan dessert, Kelate Kitchen juga menyediakan manisan-manisan dan kuih-muih yang semuanya enak seperti Akok, Cek Mek Molek, Boko Ubi Kayu, Lepat Ubi, Sira Labu dan banyak lagi.
Tak sabar nak cuba? Dapatkan info mengenai restoran Kelate Kitchen di bawah:
Image via Instagram @kelate_kitchen
