Dua Lelaki Ini Dipenjara 3 Hari Di Norway Hanya Kerana Sekeping Tiket
"Tiket free pulang beraya dari Norway ke Malaysia" – Mohd Azmeer Faiq
Cover image via Mohd Azmeer Faiq/FacebookBuat kaki travel, melancong ke luar negara pastinya merupakan satu ekspedisi yang menyeronokkan. Setiap negara di dunia ini mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Jadi, sudah tentulah kita akan berasa teruja bukan?
Tetapi cuba bayangkan bagaimana jika keterujaan anda itu tiba-tiba bertukar menjadi satu mimpi ngeri? Mimpi ngeri yang pasti tidak akan anda lupakan. Bayangkan, tiba sahaja di lapangan terbang, anda ditahan pihak imigresen dan kemudiannya dimasukkan ke dalam lokap kerana didakwa tidak mempunyai tiket perjalanan yang sah, walhal tiket tersebut telah dibeli dengan cara betul malah mahal pula harganya.
Begitulah yang terjadi kepada pemuda yang bernama Mohd Azmeer Faiq bersama seorang lagi rakannya ketika berada di Norway. Bacalah dan bayangkanlah sendiri mimpi ngeri yang dilalui mereka ini.
Image via Mohd Azmeer Faiq/Facebook
3 jam tersekat di airport tetapi ternyata jawapan yang diberikan pihak imigresen tetap sama "tiket keluar tidak sah". Kemudian, mereka dibawa ke lokap di balai polis tengah kota Bergen.
Image via Mohd Azmeer Faiq/Facebook
Image via Mohd Azmeer Faiq/Facebook
Bila berada di dalam penjara siang malam pun dah tak tahu. Bahkan, makan pun tidak dibenarkan di dalam penjara. Besar betul dugaan mereka ini tambah-tambah pula sewaktu bulan puasa.
Image via Mohd Azmeer Faiq/Facebook
Hari kedua mereka meminta lagi untuk tiket mereka diperiksa melalui komputer. Tetapi masih juga tak dibenarkan. Makanan pun tiada untuk mereka makan. Hari ketiga, sewaktu subuh mereka diganggu officer yang datang mengetuk pintu sel bertanya sama ada mahu makanan atau tidak. Tentulah jawapannya tidak, mereka sedang berpuasa.
Image via Mohd Azmeer Faiq/Facebook
Sewaktu tiba di Oslo mereka terima semula barang-barang mereka dan masa ini mereka mempunyai akses internet, check tiket dan memang sah tiket mereka valid. Tetapi tak boleh nak buat apa lagi dah, mereka terima tiket free pulang beraya di Malaysia.
Image via Mohd Azmeer Faiq/Facebook
Maklumat tiket perjalanan mereka yang sah.
Image via Mohd Azmeer Faiq/FacebookMohd Azmeer Faiq/Facebook

