seismik

Kenapa Bank Tolak RM200 Daripada Akaun Setiap Kali Kita 'Swipe' Kad Di Pam Minyak?

Jangan panik!

Cover image via Getty Images

Perasan tak, bank akan memotong sejumlah RM200 setiap kali kita swipe kad ketika isi minyak?

Ramai yang terkejut apabila mendapat tahu akaun mereka tiba-tiba tak cukup RM200 sehari selepas mengisi minyak petrol. Bila semak semula penyata bank, nilai RM200 itu dilihat telah ditolak tanpa sebarang tujuan.

Ada juga yang menganggap wang mereka mungkin telah dicuri dan akaun mereka telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Resah dan gelisah dibuatnya.

Rupa-rupanya, "potongan" tersebut merupakan transaksi pra-kelulusan dan ia hanya berlaku apabila petrol dibayar menggunakan kad

Image via SAYS

Dalam dokumen FAQ mengenai PIN & PAY, Public Bank menyatakan:

"Pam serba lurus akan memberi kuasa kepada urus niaga bahan bakar sebelum anda boleh mula mengepam bahan api ke dalam kenderaan anda. Ini dilakukan dengan menghantar jumlah pra-kebenaran pada kad pembayaran kepada kami.

"Pam layan
diri itu akan membenarkan urus niaga petrol sebelum anda mula mengepam petrol ke dalam kenderaan. Ini dibuat dengan
menghantar jumlah pra-kelulusan yang dibenarkan pada kad pembayaran kepada kami."


Transaksi pra-kelulusan dikenakan ke atas kedua-dua kad debit dan kad kredit.

Apa itu transaksi pra-kelulusan?

CIMB menjelaskan bahawa pra-kelulusan ialah memegang sementara jumlah tertentu dari had kredit sedia ada pada kad pembayaran. Ia digunakan untuk mengesahkan bahawa kad itu aktif dan mempunyai kredit yang mencukupi sebelum urus niaga.

Pra-kelulusan berlaku sebelum bahan api dipam - ketika jumlah sebenar bahan api yang dipam belum diketahui.

Ringkasnya, bank anda ingin tahu jika anda mempunyai wang tunai / kredit yang mencukupi untuk membayar petrol anda.

Jumlah pra-kelulusan itu bukanlah caj dan tiada sebarang wang pun didebitkan daripada akaun anda, cuma baki yang ada pada kad dikurangkan buat sementara waktu

Image via SAYS

Sebaik sahaja anda selesai mengisi minyak, jumlah sebenar bahan api yang dikeluarkan akan dihantar kepada bank.

Ketika ini, jumlah sebenar bahan api akan didebitkan daripada akaun anda dan jumlah pra-kelulusan dibebaskan. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 3-4 hari untuk jumlah tersebut masuk semula ke dalam akaun.

Boleh tak kalau nak elakkan transaksi pra-kelulusan ini?

Image via Flickr

Untuk mengelakkan transaksi pra-kelulusan, apa yang anda perlu buat ialah bayar di kaunter, di mana jumlah pembelian yang tepat akan ditolak daripada akaun anda.

Sekiranya anda merancang untuk menggunakan kad untuk mengisi minyak, transaksi pra-kelulusan tidak dapat dielakkan - melainkan jika anda adalah pemegang kad debit CIMB.

CIMB mengeluarkan kenyataan tahun lepas yang mendedahkan bahawa jumlah pra-kelulusan sebanyak RM200 untuk transaksi petrol akan dikecualikan bagi kad debit CIMB di semua stesen minyak PETRONAS.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Satu menawarkan jaminan, satu lagi menawarkan fleksibiliti. Mana satu lebih bagus?

Dah tahu ke belum EIS ni apa?

You may be interested in: