seismik

Ada Beza 'Saline' Dan 'Multipurpose Solution' Untuk Contact Lens. Silap Guna Boleh Buta!

Semoga memberi manfaat kepada semua pengguna contact lens.

Cover image via cahaya hati blogger

Mata kita kena jaga elok-elok ya. Sebab mata ni senang sangat kena jangkitan dan terdedah dengan macam-macam benda asing yang boleh memudaratkan.

Image via huffington post

Jadi janganlah terkeliru atau mengambil mudah penggunaan normal saline solution dan juga multipurpose solution untuk kanta lekap anda.

Tapi, perlu ke nak pakai kedua-dua larutan sekali? Atau boleh je pakai salah satu untuk cuci dan rendam kanta lekap yang kita pakai?

Anda nak tahu apa fungsi normal saline solution dan multipurpose solution?
Bila waktu yang sesuai untuk kita guna larutan-larutan tu?

Baca bawah ni:

Bolehkah normal saline solution menggantikan multipurpose solution?

Bagi mereka yang gemar memakai kanta lekap, mungkin kedua-dua larutan ini kelihatan sama sahaja. Oleh sebab itulah, ramai yang memilih untuk hanya menggunakan larutan saline untuk mencuci serta merendam kanta lekap mereka kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding larutan multipurpose.

Namun, tahukah anda bahawa kedua-dua larutan ini adalah sangat berbeza. Kandungan dan fungsinya juga adalah berlainan.

Apa itu normal saline solution?

Larutan saline yang berada di pasaran sudah disteril menjadikannya lebih selamat untuk digunakan pada kanta lekap berbanding air paip dan fungsinya hanyalah untuk membilas kanta lekap sahaja. Ramai yang tersilap dengan menganggap larutan ini sama seperti larutan disinfeksi. Larutan ini adalah berbeza dan saline ini hanyalah untuk bilasan kanta lekap.

Walaupun larutan saline ini dapat mengelakkan kanta lekap anda dari mengering, tetapi ia tidak dapat menanggalkan mendapan dari mata yang melekat pada kanta tersebut. Oleh sebab itu, larutan ini tidak sesuai untuk digunakan dalam jangka masa panjang. Bagaimanapun, saline solution ini boleh menghilangkan kesan kekotoran pada permukaan kanta lekap.

Saline solution sebenarnya adalah sejenis larutan air garam dengan PH-balanced yang sesuai digunakan untuk membilas kanta lekap sebelum anda memakainya. Perlu diingatkan bahawa larutan ini tidak mengandungi sebarang ejen pembersihan dan disebabkan itu larutan ini tak sepatutnya digunakan untuk membersih dan menyimpan kanta lekap.

Jangan sesekali cuba untuk membuat larutan saline anda sendiri kerana versi DIY sering menyebabkan jangkitan pada kornea.

Multipurpose solution pula?

Image via Stephanieste

Multipurpose solution ini pula dihasilkan secara komersil sebagai satu larutan kimia yang membersih serta membasmi kuman pada kanta lekap. Terdapat pelbagai jenis dan jenama di pasaran, dan kebanyakannya mengandungi bahan pengawet, ejen pengikat, ejen pembasahan dan banyak lagi. Kesemua bahan-bahan yang terkandung di dalam larutan ini secara efektifnya menanggalkan segala mendapan dan kotoran pada kanta lekap tanpa merosakkan dan mencalarkan kanta lekap berkenaan. Larutan ini juga membantu memastikan kanta lekap sentiasa berada dalam keadaan basah terutamanya pada permukaan mata. Selain itu, kanta lekap yang disimpan di dalam larutan ini juga akan sentiasa berada dalam keadaan disteril.

Tapi perlu ingat! Jangan sesekali gunakan larutan yang dah tamat tempoh. Kebiasaannya, kita akan rasa bersalah dan membazir untuk buang multipurpose solution yang masih ada separuh botol lagi. Betul tak? Tapi anda perlu tahu bahawa larutan itu akan terdedah kepada pencemaran yang secara tidak langsung boleh membawa kepada jangkitan pada mata, kurang penglihatan dan kemungkinan buta. Walaupun masih ada sebotol penuh multipurpose solution, elakkan untuk menggunakannya sekiranya dah tamat tempoh.

Kalau kita lihat sekarang, majoriti pengguna contact lens menggunakan satu jenis larutan yang mempunyai fungsi multipurpose yang bersifat 'semua dalam satu' - membilas, membersih, disinfeksi, meneutral dan membuang protein. Ianya lebih menjimatkan wang dan masa, serta lebih praktikal. Namun, tidak semua orang sesuai dengan cara begitu. Mintalah nasihat dan pandangan dari mereka yang lebih pakar.

Apa yang penting adalah ...

Ada satu perkara penting yang perlu dilakukan selain pemilihan larutan yang tepat iaitu proses membersihkan kanta lekap. Menggosok secara lembut kanta lekap dengan cara yang betul dapat mengurangkan jumlah mikroorganisma pada kanta lekap dan seterusnya membantu mengurangkan risiko terkena jangkitan.

Sekiranya anda membersihkan segala benda asing pada kanta lekap sebelum meletakkannya di dalam bekas, larutan disinfeksi di dalamnya dapat bertindak dengan lebih efektif kerana jumlah mikrororganisma yang kurang. Anda perlu merendam kanta lekap anda sekurang-kurangnya 4 jam agar kanta lekap anda betul-betul bersih dan bebas dari kuman.

Seperkara lagi, jangan lupa untuk bersihkan, bilas serta keringkan bekas kanta lekap setelah digunakan. Cara paling baik untuk melakukannya adalah dengan membilas bekas tersebut dengan larutan multipurpose. Kemudian buang larutan tersebut dan biarkan ianya kering. Sekiranya masih terdapat larutan di dalamnya dan bekas itu terbuka, mikroorganisma dari persekitaran akan masuk dan mula membiak. Seeloknya tukar bekas kanta lekap setiap 3 bulan, atau setiap kali anda buka botol larutan multipurpose yang baru.

Antara post di Facebook yang membincangkan isu penggunaan kedua-dua jenis larutan yang mendapat perhatian netizen:

Image via Cik Atyraa

Post ni dapat lebih 4k shares.

Image via Cik Atyraa

Image via Amira Nadia

Post ni pun sama.

Image via Amira Nadia

Langkah-langkah penjagaan kanta lekap adalah sangat penting untuk memastikan kesihatan mata kita sentiasa dalam keadaan yang baik

Jangan ambil mudah dan menganggap perkara ini tidak penting ya. Mungkin untuk jangka masa pendek perkara ini tidak memberi apa-apa kesan terhadap mata anda. Tetapi, bagaimana pula dengan kesan jangka panjang?

Jadi dapatkanlah nasihat daripada mereka yang lebih pakar. Jangan biasakan diri untuk membeli kanta lekap di kedai-kedai biasa ataupun secara online dan gunakanlah larutan yang sesuai ketika membilas, mencuci, membunuh kuman serta menyimpan kanta lekap.

Sayangi mata anda! ;)

Image via imgur.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca yang ni pula:

You may be interested in: