Kenderaan Termasuk Motosikal Tidak Dibenarkan Guna Lorong Kecemasan - JPJ

"Dah tu motor nak lalu mana? Lompat-lompat atas kereta ke?" - netizen.

  • Cover image via SAYS
  • Satu video yang menunjukkan sebuah kereta menggunakan lorong kecemasan hingga nyaris menyebabkan pengguna motosikal yang menggunakan laluan tersebut mengalami kemalangan telah viral di laman sosial, baru-baru ini

    • Video tersebut membangkit kemarahan pengguna jalan raya terutama pengguna motosikal yang sering menggunakan laluan kecemasan ketika menunggang.

      Kemarahan tersebut bertambah 'marak' apabila seorang lelaki memberi kenyataan yang didakwa menyokong kereta menggunakan laluan kecemasan.

      "Itu lorong kecemasan, bukan lorong motosikal. Motor tak ada hak nak marah kereta.

      “Tak muncul lagi signboard (papan tanda) dilarang melalui lorong kecemasan,”
      kata lelaki berkenaan.

  • Kenyataan lelaki tersebut benar-benar mengundang kemarahan netizen dan ramai yang mempersoalkan jalan mana yang perlu penunggang motosikal harus gunakan sekiranya laluan kecemasan tidak boleh digunakan mereka

    • Sesetengah netizen turut berkongsi pengalaman seperti dihimpit oleh pemandu kereta ketika menggunakan laluan tersebut selain ada yang mendakwa bahawa pemandu kereta menggunakan laluan tersebut seolah-olah sedang berlumba di jalan raya.

      Malah ada pengguna motosikal yang menganggap bahawa lelaki tersebut adalah sebahagian dariapada pemandu kereta yang sering menyalahgunakan laluan kecemasan hingga membahayakan pengguna motosikal yang lain.

      “Kau ni dah menyusahkan orang. Disebabkan pemandu yang tak ada perasaan macam kau ni lah, aku dan keluarga nyaris nak kemalangan raya puasa lepas.

      “Dah lah lalu kat laluan kecemasan, bawa macam nak lumba keta. Jenis manusia ‘sampah’ macam korang semua ni lah yang boleh membunuh pemandu lain,”
      kata seorang netizen.

  • Sementara itu, menurut laporan mStar Online, hari ini, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman menegaskan bahawa lorong kecemasan hanya untuk kegunaan pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan

    • Larangan tersebut juga turut melibatkan penunggang motosikal.

      “Mana-mana kenderaan termasuk motosikal tidak dibenarkan menggunakan lorong kecemasan,” katanya.

      Wan Ahmad Uzir turut berkata, Akta JPJ 1987 boleh diguna pakai untuk mendakwa mana-mana pengguna jalan raya yang didapati menyalahgunakan laluan kecemasan.

      “Mereka yang disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

  • Tonton video tersebut di bawah:

    • Kereta No Plat SLF 618 U Lalu DI Lorong Kecemasan Machap Ke Kulai Siap Himpit Penungan Motor.

      Posted by WJ Online News on Monday, 4 September 2017
  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Menarik di SAYS:

Leave a comment