seismik

4 Fakta Sebenar Bila Simbol 'E' & Tangki Minyak Kenderaan Menyala Yang Anda Tak Tahu

Info berguna untuk pemandu-pemandu di luar sana!

Cover image via codigosanluis.com

"Alamak, simbol tangki minyak dah berkelip ni! Kena cepat-cepat cari stesen minyak terdekat, karang tak pasal-pasal tersadai tepi jalan."

Image via wonderhowto.com

Kami yakin, pasti semua pemandu akan bertindak sedemikian sebaik sahaja melihat kelipan simbol minyak pada paparan meter dalam kereta. Tambah-tambah lagi, bila jarum dah berada tepat pada huruf 'E'. Lepas tu mulalah kita terfikir, berapa jauh lagi kereta ni boleh berjalan? Agak-agak lagi 5 kilometer boleh sampai ke tak?

Yelah, siapa je yang tak risau kalau minyak kereta habis kan? Sebab itulah, penting untuk kita sebagai seorang pemandu untuk tahu makna sebenar simbol-simbol pada dashboard kereta kita tu.

Jadi, hari ini kami nak kongsikan kepada anda fakta sebenar mengenai simbol minyak dan 'E' yang anda lihat hari-hari di dalam kereta anda tu.

1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi simbol ‘E’

Image via cometao.net

Rizab ini tidak mengira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin sesebuah kenderaan itu. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan anda masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60 km.

2. 'E' bukan bermaksud Empty

Mungkin ramai menganggap ia bermaksud Empty tetapi sebenarnya simbol ini bermaksud Enough. Seperti yang dinyatakan di atas tadi, kenderaan anda masih cukup minyak petrol untuk bergerak sekurang-kurangnya 60 km lagi.

3. Boleh tambah 10 km lagi

Image via radair

Anda boleh menambah 10 km lagi sekiranya anda mematikan pendingin hawa. Anda boleh buka tingkap sementara nak sampai ke stesen minyak ya.

4. Pandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten

Image via dreamstime.com

Selain itu, anda juga boleh menambah lebih 10 km lagi sekiranya anda memandu dengan kelajuan 50 km/jam secara konsisten. Bayangkan jika anda matikan pendingin hawa dan pandu pada kelajuan ini, mungkin kereta anda boleh pergi lebih jauh lagi.

Jadi, lepas ni kalau simbol 'E dan tangki minyak menyala, kita tidak perlulah risau lagi kan? Share kepada kawan-kawan anda. Semoga bermanfaat!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkaitan kenderaan anda:

More stories to read: